Hanya satu permintaan DG Hisham sempena hari lahirnya

April 21, 2020
Oleh Arziana Mohmad Azaman

TANDA pagar #HappyBirthdayDGHisham memenuhi ruang hantaran di laman twitter sehingga menerima 5,287 tweet sejak awal pagi tadi sekali gus menunjukkan betapa sayangnya netizen terhadap hero Malaysia itu.

Apa tidaknya, bukan sahaja orang biasa-biasa bahkan selebriti turut menitipkan ucapan kepada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia yang turut menerima penghargaan dunia.

Iklan

Namun, cuma satu yang diminta birthday boy yang juga anak jati Sepang, Selangor itu kepada seluruh rakyat Malaysia sepanjang menempuh perintah kawalan pergerakan (PKP) seterusnya membendung wabak Covid-19.

“Sempena hari jadi saya 21 April ini, hadiah paling istimewa untuk saya ialah kalau boleh, rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi,” ucapnya.

DGHISHAM
DATUK SERI DR NOOR HISHAM ABDULLAH

Selain ucapannya yang penuh rendah diri, perkongsian netizen dalam twitter cukup mencuit hati sehingga ada yang menyamakan populariti Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah itu setanding artis k-pop.

Iklan

Seperti satu hantaran daripada pemilik akaun [email protected] yang menyamakan ketua frontliner perubatan itu seperti selebriti Korea apabila ucapan ulang tahun kelahiran trending di media sosial.

DGHISHAM

“Birthday DG Hisham dekat twitter macam artis. Biasanya fans kpop yang selalu trendingkan birthday idol dorang (dia orang).

Iklan

“Tapi memang wajib pun trending cause he’s much more than artist. He’s our hero,” tulisnya dengan ucapan may ALLAH bless you always and shower you with His blessings.

Bagi personaliti televisyen, Iesya Toh turut berkongsi ucapan terhadap Datuk Seri Noor Hisham yang dikatakan persis ayahnya.

“Saya selalu nampak Datuk Seri Noor Hisham ni macam abah jugak. Sama-sama Cina mualaf tapi abah tambah satu lagi, Siam.

“Sir, i wanna be the 1st one to wish u a Happy 57th Birthday! Thankyou so much for everything!! Yes everything,” tulisnya yang turut mengajak rakyat Malaysia hadiahkan ucapan we love u so much.

Akhir ucapan ibu kepada dua anak itu turut diselitkan tanda pagar #stayathome dan #jomwishdrhisham.

Ada lagi satu ucapan agak rare dan mencuit hati yang dikongsikan Jazli Aziz yang menghargai peranan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memerangi wabak Covid-19.

dghisham

“General Hisham. The Hero of Malaysia, leading the frontliner in the country’s batlle against #covid-19.

“This is an illustration of him actually on the battlefield courtesy of @ernestngBRO,” tulisnya bersama gambar berbentuk komik dengan ucapan #HappyBirthdayDGHashim.

 

Iklan

About Arziana Mohmad Azaman

 
Iklan