ISU penggunaan beberapa jenis ubat-ubatan bagi mengubati Covid-19 hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu dan salah satu daripadanya adalah ubat Ivermectin.

Dakwa sesetengah pihak, pil itu sangat mujarab dan mampu memulihkan pesakit yang telah menghidap wabak pandemik itu.

Hakikatnya, ivermectin merupakan ubat antiparasit untuk melawan kecacingan dalam tubuh khusus buat haiwan sahaja.

Terbaharu, setelah mendapati keputusan ujian keberkesanannya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sarankan Ivermectin Uuntuk cegah Covid-19.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Kajian turut membuktikan Ivermectin tidak mampu kurangkan risiko Covid-19.

Baca juga Covid-19: Sabar, KKM Sedang Kaji Keberkesanan Rawatan Guna Ivermectin

Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Institut Kesihatan Negara (NIH) menjalankan kajian terhadap penggunaan Ivermectin (I-TECH) ke atas 500 pesakit Covid-19 dan mendapati ivermectin tidak mampu mencegah Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan KKM tidak akan menyarankan penggunaan Ivermectin dimasukkan ke dalam garis panduan rawatan Covid-19 setelah dapatan kajian tersebut.

“Kajian I-TECH ke atas 500 pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital dengan kategori 2 atau 3 telah menilai keberkesanan rawatan lima hari ivermectin (0.4mg/kg/hari).

“Berdasarkan data yang dijalankan kumpulan invermectin (IVM) dan kumpulan penjagaan standard (SOC) mengikut garis panduan KKM terhadap pesakit di 20 hospital kerajaan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 MAEPS 2.0 mendapati pemulihan gejala pada hari ke-5 penyertaan adalah serupa untuk kedua-dua kumpulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tegas beliau, Ivermectin tidak berkesan untuk mencegah penyakit Covid-19 daripada menjadi lebih serius.

Ivermectin bukan penawar Covid-19, ubat bunuh cacing dalam badan haiwan

Iklan

Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak membahayakan nyawa diri sendiri dengan mengambil Ivermectin yang digunakan untuk haiwan seperti kuda dan anjing secara sesuka hati.

Di Malaysia, tiada ubat Ivermectin yang diluluskan untuk kegunaan manusia.

Ya, memang betul ada kajian berkaitan keberkesanan Ivermectin yang telah dijalankan sebelum ini iaitu:

Iklan

1. Enam kajian dijalankan tentang keberkesanan Ivermectin bagi menghalang kematian dalam kalangan pesakit Covid-19 TETAPI semua 6 kajian itu TIDAK menunjukkan ubat itu berkesan dalam mencegah kematian.

Baca juga Doktor saran tukar tuil pintu pemegang berbanding jenis tombol. Ini sebabnya…

2. Tiga kajian dijalankan bagi menilai kemampuan Ivermectin mencegah Covid-19 dan keputusannya juga TIDAK menunjukkan ia dapat mencegah Covid-19. (Sumber: Pakar Farmasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ernieda Md Hatah).

Pendek kata, tiada bukti klinikal yang nenunjukkan Ivermectin boleh mencegah atau merawat Covid-19.

Patuhilah nasihat doktor dan ahli farmasi yang bertauliah.