TENTU ramai dalam kalangan kita gemar menyapukan bedak pada muka anak-anak bukan. Bukan sahaja golongan ibu bapa, pengasuh anak pun lazim melakukannya pada si kecil.

Barulah nampak dah mandi dan wangi kononnya…

Begitupun, sekiranya itulah yang anda suka lakukan, sebaiknya pertimbangkan semula fiil yang satu itu. Sebenarnya ia sangat tidak bagus untuk anak dan si kecil kita.

Pengamal perubatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Dr Ahmad Luqman Bukhari mengingatkan sekiranya anda merupakan sejenis golongan yang suka sapukan bedak talkum pada muka anak lepas mandi, tolong hentikan terus tabiat itu selepas membaca apa yang dikongsikannya ini.

Katanya, suatu ketika dahulu, beliau pun ada jugak perangai sama macam tu. Cuma bila terbaca amaran daripada American Academy of Paediatric tentang bahaya perbuatan tu, terus beliau menghentikannya serta merta.

“Rupanya doktor pakar kanak-kanak dah bagitau lama dah pasal benda ni. Even kes baby mati akibat masalah pernafasan yang berpunca dari debu bedak ni dah dilaporkan sejak awal tahun 60-an lagi.

“Partikel bedak talkum tu kan halus sangat-sangat.

“Bila kita sapu kat anak, risiko memang tinggi untuk anak kita terhidu lalu berterusan masuk ke dalam salur pernafasan.

“Akhirnya boleh sampai ke paru-paru si comel kita hingga menyebabkan dia sering terbatuk, sesak nafas dan akhirnya mengalami jangkitan paru-paru yang serius (talcum powder poisoning)!,” katanya dalam perkongsian di Facebooknya semalam.

Muat naik statusnya itu mendapat lebih 5K komen dan 10K shares, sehingga hari ini.

Merosakkan salur pernafasan bayi

Iklan

Kata Dr Ahmad Luqman, menurut American Academy of Paediatric juga, sedikit debu talkum pun cukup bahaya serta mampu merosakkan salur pernafasan bayi yang kecil.

“Mintak tolong ya mak ayah sekalian. Janganlah duk seronok nak pakaikan bedak talkum ni pada anak kecil.

“Lagi-lagi bayi yang berisiko dan mempunyai sistem pernafasan sensitif seperti bayi pramatang, anak yang menghidap sakit jantung dan mempunyai breathing problem sejak lahir.

“Tak apalah kalau anak kita nampak comot sikit, tak berbedak wangi mcam anak orang lain. Asalkan kesihatan dia tak terganggu,” katanya.

Iklan

Dr Ahmad Luqman turut meminta supaya menyebarkan #info ini pada mak ayah yang belum tahu.

“Saya ni sampai sekarang masih duk rasa bersalah kat anak saya sebab saya pernah terbuat benda yang bahayakan kesihatan dia ni,” katanya.

Perkongsian Dr Luqman di Facebooknya semalam.

Ha… bagaimana, masih hendak menyapu bedak pada muka buah hati kita? Fikirkan lah 1,001 kali sebelum berbuat demikian ya. -AG #PastiAdaSinar