WABAK Covid-19 yang melanda negara sedikit sebanyak memberi perubahan kepada gaya hidup rakyat.

Masakan tidak, hampir setiap hari masyarakat berwaspada menjaga kebersihan diri sehinggalah ada prosedur standard operasi (SOP) hanya untuk membeli barangan dapur semata-mata.

Bayangkan selepas pulang dari pasar raya, semua barangan perlu dijemur terlebih dahulu dan si ketua keluarga perlu membersihkan diri di luar sebelum masuk ke dalam rumah.

Iklan

Nah! Melihat situasi itu, Sinar Plus kumpulkan idea menarik yang dikongsi decorexpro.com demi mewujudkan tempat mandi yang praktikal di luar rumah.

Iklan

Jadi, lepas ini tak perlu segan silu membersihkan diri di ruang parkir kereta atau sudut penjuru pagar rumah selepas pulang dari pasar raya, klinik atau tempat kerja.

tempat mandi
NAMPAK mewah. Rekaan tempat air pancuran cukup elegan di tepi rumah.
tempat mandi
BAGAIKAN mandi di dalam spa. Idea menarik yang boleh dicuba.
REKAAN tempat air pancuran ala rumah English yang minimalis.
tempat mandi
IDEA rekaan tempat mandi yang praktikal dan menjimatkan ruang.