MASJID dan bulan Ramadan memang tidak boleh dipisahkan.

Jika sebelum ini kita tidak dapat berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih di masjid disebabkan penangan Covid-19, tetapi tahun ini alhamdulillah masih diberi peluang.

Tidak dinafikan, masjid yang ada di Selangor memang cantik-cantik dengan hiasan dalaman cukup indah. Memang nyaman dan tenang sajakan?

Selain ruang yang luas dan selesa, seni bina masjid yang memukau pandangan membuatkan kita lebih bersemangat untuk menunaikan ibadah lebih-lebih lagi menuju 10 malam terakhir Ramadan.

Di Selangor saja, ada 10 masjid paling indah yang mungkin ramai yang masih belum tahu atau belum sempat untuk dikunjungi.

Iklan

Nah! Tourism Selangor ada menyenaraikan masjid-masjid yang wajib dikunjungi sebagai tarikan pelancongan kebudayaan dan keagamaan sepanjang bulan Ramadan.

masjid paling indah di selangor

1. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

  • Mercu tanda bandar raya Shah Alam itu lebih dikenali dengan nama Masjid Biru dek kerana seni bina kubah yang menarik dan menakjubkan.
  • Selain mempunyai keluasan 14.6 hektar, masjid negeri ini boleh memuatkan seramai 16,000 jemaah pada satu-satu masa sekali gus menjadi rumah ibadah paling besar dalam negara.
  • Bukan sahaja dihiasi dengan landskap indah, masjid yang terletak berhampiran Tasik Raja Lumu itu turut menjadi ikon pelancongan di Selangor.

masjid paling indah di selangor

2. Masjid Puncak Alam

  • Masjid yang dibina pada tahun 2015 itu adalah yang pertama dan terbesar di Puncak Alam dengan keluasan 3.6 hektar.
  • Mampu memuatkan 5,000 jemaah dalam satu-satu masa, masjid moden itu lengkap dengan pelbagai kemudahan menarik seperti dewan serba guna, bangunan pentadbiran, kelas, bilik pengurusan jenazah dan banyak lagi.

masjid paling cantik di Selangor

3. Masjid Sultan Abdul Samad

  • Cukup terkenal dengan rekaan kubah berkonsepkan seni bina Arab klasik dan bumbung berbentuk rata.
  • Masjid yang mempunyai keluasan 7.2 hektar itu boleh memuatkan 8,000 jemaah dan terkenal kerana terletak di laluan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

masjid paling indah di selangor

4. Masjid Diraja Sultan Suleiman

  • Masjid Diraja yang dibina pada era 1930-an itu mempunyai seni bina unik bercirikan Monghul sekali gus memberikan elemen islamik dan katedral neoclassical.
  • Masjid yang boleh memuatkan 1,200 jemaah dalam satu-satu masa itu pernah ditutup pada tahun 2015 untuk kerja-kerja penambahbaikan dan kembali beroperasi pada tahun 2017.
  • Dengan kemudahan yang lebih efektif, masjid tersebut kekal tumpuan pelancong dan penduduk Klang.

masjid paling indah di selangor

5. Masjid As-Salam

  • Masjid Terapung yang dibina di Taman Puchong Perdana, Selangor itu sangat cantik terutamanya pada waktu malam.
  • Bukan saja boleh dimuatkan 4,000 jemaah, masjid yang berlatarbelakangkan taman dan tasik itu menjadi satu-satunya masjid terapung di Selangor buat masa ini.

masjid paling indah di selangor

6. Masjid Tengku Ampuan Jemaah

  • Masjid yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor itu menjadi masjid negeri kedua di Selangor dan boleh memuatkan seramai 5,000 jemaah.
  • Memiliki dekorasi tulisan ayat suci al-Quran di bahagian luar bangunan yang berkonsepkan seni bina Islam Asia Barat tradisional.
  • Rekaan unik tersebut boleh dilihat pada reka bentuk kubah, menara dan ruang solat.

masjid paling indah di selangor

7. Masjid Raja Haji Fi Sabilillah

  • Cukup dikenali dengan reka bentuk ciri prinsip hijau dengan menerapkan elemen mesra alam.
  • Masjid dengan keluasan tujuh hektar tersebut turut menerima penarafan platinum bagi indeks bangunan hijau.
  • Bukan sahaja menggunakan teknologi hijau dengan panel solar dan sistem tadahan hujan, konsep taman Islamik memang memukau pandangan.

masjid paling indah di selangor

8. Masjid Ara Damansara

  • Masjid Ara Damansara mempunyai keluasan 2.4 hektar itu berkonsepkan Green Building Index dan menampilkan konsep islamik urban yang cukup menarik.
  • Boleh memuatkan kira-kira 1,500 jemaah, taman permainan mini dan ruang rehat antara kemudahan paling menarik buat pengunjung.

masjid paling indah di selangor

9. Masjid Jamek Ar-Rahimah

  • Masjid yang tersergam indah itu sering menjadi tempat persinggahan para pengembara sebelum ke Fraser Hills.
  • Dirasmikan pada 1 November 2002, masjid yang berkonsepkan Inggeris klasik dilengkapi menara yang tinggi dan boleh memuatkan seramai 3,500 jemaah.

masjid paling indah di selangor

10. Masjid Diraja Sultan Ala’eddin

  • Boleh dikatakan antara masjid yang cukup bersejarah di Malaysia kerana dibina pada tahun 1900.
  • Masih gah sehingga kini, monumen bersejarah buat negeri selangor itu mempunyai ciri-ciri kesenian India dan Melayu selain sentuhan Asia Barat.

Menarikkan? Apa lagi, jom mengimarahkan masjid-masjid bersejarah bukan sahaja di Selangor, malah di seluruh tempat.

Iklan

Apa yang penting, patuhi garis panduan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan ya?