MEMANG ramai yang sensitif dengan kebanyakan agen pencuci yang terlalu ‘kuat’ terutamanya anak kecil.

Kalau tak kena gaya, ada yang boleh rosakkan kulit, buat kita rasa gatal-gatal dan pasti rasa tak selesa bila dihidu.

Ini kerana sesetengah produk pencuci komersial mengandungi bahan kimia tertentu yang mungkin tak serasi dengan kulit kita.

Jika ini berlaku, mungkin anda boleh cuba membuat sendiri pencuci serbaguna semulajadi yang bebas bahan kimia dengan menggunakan dua bahan je.

Bahan-bahan:
Cuka putih / cuka buatan
Kulit oren

Cara-cara penyediaan:

1. Anda perlu parut dahulu kulit oren dan gunting kulit oren kecil-kecil supaya aromanya dapat dikeluarkan. Masukkan siap-siap ke dalam sebuah bekas kedap udara atau botol spray.

2. Tambah cuka putih sampai penuh bekas atau sehingga menutupi semua kulit oren. Pastikan semua kulit oren terendam dengan sempurna tau sebab kulit oren yang tak terendam penuh akan berkulat dan berbau kurang menyenangkan. Tutup bekas spray tadi.

3. Seterusnya, biarkan ia diperam selama seminggu dua sebelum digunakan.

Iklan
kulit oren
KULIT oren antara bahan semula jadi untuk mencuci.

Cara pengunaan:

1. Untuk cuci ‘table top’ dapur: Lembapkan kain dengan air, spraykan sedikit larutan pencuci homemade ini. Boleh buat sapuan di dapur tanpa bilas. Jika nak jadikan pencuci lebih berkesan terutama kesan minyak, campurkan larutan cuka sitrus ini dengan sesudu dua soda bikarbonat. Tapi yang ini kena bilas semula dengan air.

2. Untuk cuci lantai : Lembapkan kain mop atau apa-apa kain untuk lap lantai. Tambah sedikit larutan cuka sitrus ini atau spraykan terus ke lantai. Wangi je bau lantai nanti. Macam bau oren segar! Tak perlu tambah soda dan tak perlu bilas pun tak apa. Kecuali kalau lantai terlalu kotor boleh tambah soda bikarbonat dan bilaskan dengan air.

Iklan

Mudahkan? Selagi kulit oren terendam penuh atau tak terdedah udara, pencuci serbaguna ini boleh tahan selama sebulan atau mungkin lebih. Jika larutan cuka dah habis, boleh tambah cuka baru hingga penuh menutupi kulit oren. Selain kulit oren, lemon, limau nipis, limau purut juga boleh atau apa saja jenis buah-buahan sitrus yang ada di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: FB Ummu Uwais Azizah
Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif