SEBUT saja kek, pasti pelbagai perisa terbayang di mata. Lagi best, jika dapat makan sepotong pencuci mulut tersebut sejuk-sejuk.

Jika teringin untuk berbuka puasa dengan juadah manis-manis tanpa perlu keluar rumah, bolehlah intai-intai produk menarik di Eat Cake Today.

Sempena bulan Ramadan, Eat Cake Today menyajikan tawaran menarik, Ramadhan Special Collection bermula 20 April hingga 30 April ini.

eat cake today

Bukan sahaja bentuk bakul hadiah atau hamper sebagai tanda kenangan kepada insan tersayang, kek yang disajikan semuanya segar.

Tidak hanya setakat kek premium, biskut raya pun ada termasuk satu botol kurma percuma.

eat cake today

eat cake today

Bagi mereka yang mencari pilihan kek sebagai pembuka selera berbuka puasa, Eat Cake Today ada menawarkan pilihan pemanis di bawah harga RM100.

Antara perisa yang ditawarkan seperti Chocolate Rocky Road Cake, Chocolate Snickers Salted Caramel Cake dan Salted Caramel Cookie Cake.

eat cake today

Bagi mereka yang ingin meraikan hari ibu, Eat Cake Today juga ada promosi Mother’s Day Collection bermula 20 April hingga 9 Mei nanti.

Iklan

Ada banyak pilihan yang boleh buat rambang mata dan semuanya nampak sedap-sedap. Selain reka bentuk kek yang nampak eksklusif, harganya pun boleh tahan.

eat cake today

Jika mahukan kek jeli viral pun ada juga. Antara pilihan yang ditawarkan seperti Royal Queen Jelly Cake yang memang wow!

Selain itu, Mother’s Day Queen Knock Knock Pinata Cake pasti membuatkan si ibu teruja untuk melihat isi dalam yang penuh misteri.

Iklan

eat cake today

eat cake today

Jadi apa tunggu lagi, cepat-cepat penuhkan troli anda untuk penghantaran terus ke rumah atau pick up di dua outlet terpilih yang disediakan.

Bukan hanya di Kuala Lumpur dan Selangor sahaja, Eat Cake Today juga mempunyai outlet di Johor Bahru dan Pulau Pinang.