DIKHABARKAN oleh pihak tertentu bahawa diri memenangi hadiah atau ganjaran wang tunai sememangnya menjadi satu berita gembira buat sesiapa pun.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan isi dompet semakin menipis sementara menunggu gaji akhir bulan, memang berbunga hati mendengarnya.

Banyak peraduan dan pertandingan yang ditawarkan kepada orang ramai tidak kira gores dan menang mahupun permainan dengan ganjaran yang mengundang keterujaan.

Apabila dah ‘menang’, seseorang itu akan dimaklumkan ‘pihak berkenaan’.

Sebagai contoh, notifikasi dalam mesej WhatsApp yang memaklumkan anda sebagai pemenang wang tunai berjumlah RM12,300 akan diterima.

scammer nestle

scammer nestle

scammer nestle

Untuk lebih jelas dalam isu ini, pihak Nestle Malaysia sudah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penipuan membabitkan nama dan produk jenamanya melalui laman webnya bertarikh 6 Ogos lalu.

Kenyataan itu memaklumkan terdapat kes yang mana orang ramai telah menerima pesanan menerusi SMS atau WhatsApp yang dikatakan daripada Nestlé Malaysia, yang mendakwa bahawa mereka telah memenangi hadiah daripada Nestlé dan/atau jenama tersebut.

Nestle Malaysia turut menegaskan bahawa pesanan sedemikian merupakan penipuan yang bertujuan untuk memperdayakan orang ramai kerana para pemenang peraduan akan dimaklumkan menerusi saluran rasmi iaitu nombor telefon, pos dan lain-lain bukan sahaja WhatsApp.

Iklan

scammer nestle

Siapa tak suka jika dikatakan bakal memenangi wang tunai yang bukannya sikit-sikit. Akan tetapi, sedarilah bahawa ada golongan yang akan mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh.

Hati-hatilah jika rasa sesuatu yang fishy mengenai peraduan yang konon-kononnya dianjurkan syarikat konglomerat multinasional makanan global.

Iklan

Jika anda rasakan ada sesuatu tak kena eloklah disemak. Bukan mudah ‘nak dapat duit free’ ya…