TINGGAL sehari saja lagi 9.9 Shopee Super Shopping Day akan berlangsung dan apa yang pastinya, pelbagai promosi hebat pada harga lebih menguntungkan menanti kaki shopping.

Iklan menerusi kaca televisyen pun kita tengok seolah-olah melambai kita untuk buat pembelian.

Bagi mereka yang sudah mengikuti kempen jualan yang berlangsung sejak 20 Ogos lalu, sudah tentu tidak ketinggalan untuk memilih item idaman sebelum terlambat.

9.9 Shopee Super Shopping Day

Apa yang penting, saat inilah untuk para pembeli khususnya golongan ibu membeli-belah barang keperluan anak-anak pada harga lebih murah dan jimat.

Malah, jika bijak memilih barangan seperti lampin pakai buang, susu formula, mesin memproses makanan atau mesin membuat susu, harga ditawarkan memang tak masuk akal.

Antara promosi yang mencuri tumpuan, Samu Giken 5 In 1 Smart Digital Premium Baby Food Processor yang ditawarkan potongan harga hingga 60 peratus.

Mesin memproses makanan bayi yang berfungsi stim, mengisar, memanas, mencair bekukan, steril tersebut dijual pada harga bermula RM199.90 hingga RM222.90.

9.9 Shopee Super Shopping Day

9.9 Shopee Super Shopping Day

Jika berbanding harga asal adalah RM544. Memang berbaloi dan murahkan?

Selain itu, bagi ibu-ibu yang mahu memborong lampin pakai buang pada harga murah, inilah masanya kerana pelbagai jenama pampers berlumba-lumba memberikan promosi hebat.

Dypers misalnya, mempunyai tawaran cukup menarik untuk pembelian empat 4+1 pada harga RM111 sahaja. Jimat RM65 dan diberikan hadiah bantal percuma bernilai RM40.

9.9 Shopee Super Shopping Day

Kepada anda yang mahu menambah stok topeng pelitup muka, memang banyak pilihan ditawarkan dan harganya pun murah-murah.

Iklan

Paling trending, Mask KF94 yang menjadi rebutan ramai dek desain yang cantik dengan pelbagai pilihan warna menarik.

Setiap pilihan, bergantung kepada bajet dan selera masing-masing kan? Apapun, norma baharu menjadikan mask sebagai salah satu item penting untuk pergi ke mana-mana.

9.9 Shopee Super Shopping Day

Jangan lupa untuk mengikuti tawaran harga menarik setiap jam bermula jam 12 tengah malam nanti.

Iklan

Sebelum itu, jom sertai 9.9 Countdown Party bermula jam 10 malam dan jadilah salah seorang pemenang bertuah.

Pada masa sama, anda juga bakal dihiburkan dengan persembahan artis terkemuka seperti Kaka Azraff dan Siti Nurdiana.

9.9 Shopee Super Shopping Day

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Wow meriahkan? Meskipun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan tidak boleh pulang ke kampung halaman, mungkin kita boleh hiburkan hati orang tua dengan hadiah Shopee.

Lagipun harga memang murah-murah. Tak salah membeli-belah mengikut bajet asalkan tidak membazir. #kitajagakita #kitalaluibersama