TINGGAL beberapa hari saja lagi kempen Jualan Pertengahan Tahun 7.7 akan berlangsung di gedung membeli-belah online popular, Lazada dan Shopee.

Pastinya, ada banyak pilihan terbaik untuk direbut dan jangan lupa untuk ‘chup’ dulu bagi mendapatkan harga lebih rendah lagi menguntungkan.

Apa yang membuatkan jualan Mid Year Sale 7.7 Lazada dan Shopee lebih menarik dan luar biasa? Ya! Sudah tentunya tumpuan pengguna khususnya para ibu lebih ke arah perkakas elektrik dan keperluan dapur.

sale 7.7 Lazada Shopee

Mana tidaknya, ada banyak barangan elektrik wajib diintai di Lazada kerana potongan harga hingga 73 peratus diberikan untuk mesin pembuat roti.

Banyak pilihan bread maker disajikan kepada kaki shopping kerana menu roti antara yang paling dicari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jadi, tak perlu lagi berebut-rebut membeli roti atau kecewa apabila rak roti licin jika sudah ada mesin pembuat roti di rumah. Betul tak?

Sempena jualan Mid Year Sale 7.7 Lazada juga, ada lebih 4,000 pilihan bread maker ditawarkan kepada para pelanggan pada harga cukup berbaloi.

sale 7.7 Lazada Shopee

Antara jenama yang boleh diintai seperti PerySmith 2.0 L Bread Maker X Bossman Kaden serendah RM227, MMX Bread Maker (RM239.99) dan Russell Taylors pada harga RM247.99.

Wow! Menarikkan? Jadi, para ibu tidak perlu susah hati untuk mencari roti yang sering kehabisan di kedai, buat sendiri lebih puas hati untuk anak yang ramai.

Bukan setakat boleh buat pelbagai jenis roti, mesin yang jimat masa dan tenaga itupun boleh membantu untuk menyiapkan doh untuk piza. Lebih seronok, boleh adun kek dan dodol sekali.

sale 7.7 Lazada Shopee

Buat para ibu yang sedang mencari penyedut habuk, Dibea Mid Year Super Deals 7.7 Shopee ada sesuatu yang menarik.

Potongan harga hingga 66 peratus untuk pilihan vakum tanpa wayar antaranya Dibea G20 Mini Smart (RM899), Dibea FC20 2 In 1 pada harga RM827 dan Dibea F20 Max (RM608).

Penyedut habuk dan hama tilam pun ada juga. Dibea Mattress Dust Mite Brush hanya RM59.90 saja tau!

Jadi, apa tunggu lagi? Cepat-cepat ‘usha’ item menarik yang sesuai dengan bajet anda. Jika mahu pilihan lain, jenama Russell Taylors, Khind, Airbot, Dyson dan Philips pun ada juga.

Iklan

sale 7.7 Lazada Shopee

Bagi mereka yang belum berkesempatan untuk membeli perkakas elektrik seperti air fryer, periuk nasi dan cerek elektrik, ada tawaran istimewa menanti di Shopee.

Misalnya, Tefal Mid Year Sale 7.7 Shopee memang wajib diberi perhatian. Jenama popular tersebut menawarkan 60 peratus diskaun selain baucar bernilai RM107 dan pulangan tunai hingga 15 peratus.

Penyedut habuk tanpa wayar dan set periuk pun ada tau! Cepat-cepat isi troli anda selagi stok dan promosi masih ada.

sale 7.7 Lazada Shopee

Iklan

Tawaran hebat Courts Awesome Savings juga jangan dilepaskan. Diskaun sebanyak 15 peratus untuk barangan perabot dan perkakas elektrik terpilih.

Kini Courts membawakan pelbagai item secara maya. Bermula daripada set bilik tidur, meja makan, sofa mewah, peti ais dan televisyen.

Hanya klik di hujung jari saja, barangan yang diidamkan sampai depan pintu rumah. Mudahkan? Kempen berakhir pada 28 Julai ini.

Apa lagi? Jangan lupa untuk ‘chup’ dulu item pilihan sebelum membeli-belah bermula 5 Julai hingga 7 Julai ini kerana harga lebih berbaloi.

Apa yang penting, tidak perlu lagi keluar rumah ketika PKP ini dan membeli-belah dalam talian lebih selamat dalam aplikasi jual beli yang diyakini ramai. #kitajagakita