PERNAH tak kalian dengar nama kacang yang disebut sebagai kacang cerdik?

Unikkan gelarannya sehingga ia menimbulkan tanda tanya sama ada hanya dengan makan kacang itu boleh jadi pintar. Namun, betul ke?

Jawapannya, tidak sama sekali.

Pun demikian, tidak dinafikan kacang yang lebih dikenali dengan nama pistachio itu sebenarnya mempunyai banyak khasiat tersendiri.

Menurut laman web Medical News Today, pistachio sebenarnya merupakan sejenis makanan yang tinggi dengan sumber protein, serat dan antioksidan.

Pengambilan makanan yang tinggi dengan nutrisi sepatutnya dijadikan sebagai amalan untuk memperoleh hidup yang berkualiti.

Memetik kenyataan daripada Natural Health Research Institute pula, dengan mengambil kacang itu dalam diet seharian dapat mengurangkan kolestrol.

Perkara ini dibuktikan melalui kajian yang dijalankan ke atas 28 lelaki dan wanita yang sihat tubuh badan dan bukan perokok telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

  •  Kelompok yang mengambil sebanyak satu dos pistachio bersamaan 10 peratus daripada jumlah kalori.
  •  Kelompok yang mengambil sebanyak dua dos pistachio bersamaan 20 peratus daripada jumlah kalori.

“Mereka yang mengambil satu dos telah berjaya menurunkan kolestrol sebanyak 9 peratus dan 12 peratus (dua dos),” kata laman perubatan itu.

Baca juga: Ini 7 jenis buah, kekacang kekal awet muda, avocado paling ‘top’

Justeru, alangkah baiknya jika kita ketahui rahsia kebaikan kacang cerdik ini. Berikut enam kelebihan pistachio yang dipetik menerusi Medical News Today:

1. Kaya dengan nutrisi
Satu auns atau 49 biji pistachio yang belum dipanggang dan tidak masin mengandungi:
Kalori: 159
Protein: 5.7 gram (g)
Lemak: 12.8 g
Karbohidrat: 7.7 g
Serat: 3.0 g
Gula: 2.2 g
Magnesium: 34.3 miligram (mg)
Kalium: 289.0 mg
Fosforus: 139 mg
Tiamin 0.25 mg
Vitamin B6: 0.5 mg

2. Kacang yang mempunyai kurang kalori.
-Bagi mereka yang ingin mengambil pistachio sebagai pemakanan diet seharian, tidak menjadi masalah kerana mengandungi kalori yang rendah.

3. Tinggi dengan antioksidan.
– Kebaikan antioksidan dapat membantu mengurangkan risiko kanser dan menghalang kerosakan sel pada tubuh badan.

Iklan

4. Baik untuk mata.

– Antioksidan jenis lutein dan zeaxanthin yang terkandung di dalam kacang cerdik dapat mengurangkan risiko untuk mengalami masalah katarak.

5. Dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
– Selain daripada mengurangkan risiko penyakit jantung, pistachio juga membantu menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
– Kajian mendapati mereka yang makan kacang itu dapat mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang bukan penghidap diabetes tahap dua.

Iklan

6. Mengurangkan risiko kanser usus.
– Disebabkan serat yang tinggi yang terkandung dalam pistachio ia berupaya membantu diri mengurangkan risiko kanser kolon.

Banyak betul manfaat kekacang itu. Jadi, apa lagi, daripada membuang duit membeli jajan yang kurang berkhasiat, lebih baik kita beli kacang cerdik.

Baca juga: Ubah selera hujung minggu ini dengan resipi unik kacang pool, lagi puas hati dan sedap!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.