BAGI peminat drama atau filem Korea, pastinya mereka sudah hadam setiap perkataan atau bahasa pasar yang sering digunakan dalam setiap skrip perbualan.

Lebih-lebih lagi jika si gadis menyebut perkataan ‘oppa’ yang membawa maksud abang dalam drama-drama genre romantik…memang sweet bunyinya, kan?

Lagi satu perkataan yang memang sebati dalam diri peminat K-drama ini juga seperti ‘saranghae’ dan ‘daebak’. Betul tak?

Okey! Bagi mereka yang betul-betul hebat dalam bahasa Korea sehinggakan sudah tahu maksud setiap perbualan pelakon K-drama, ini ada kuiz untuk menguji kehebatan.

Perkongsian pemilik akaun Facebook, Lidia LoveDaisy ini antara ujian pemanas badan buat peminat K-drama. Jom asah pemahaman dengan klu gabungan gambar di bawah:

belajar korea

belajar korea

belajar korea

Apa yang melucukan, gambar Tauke Raja Lawak pun ada sekali sebagai hint jawapan bagi soalan yang diberikan. Kena pula tu bunyinya!

belajar korea

Iklan

Tapi ada satu soalan ini, maafkan saya dalam bahasa Korea dengan hint mi dan seorang pekerja mamak. Jawapan yang diberikan bikin warganet geli hati.

Ramai yang berseloroh dengan jawapan mi hitamlah, mi mamak dan mi kicap padahal jawapan yang betul adalah ‘mianhae’ atau sebutan ‘mianey’.

belajar korea

Iklan

Kuiz tersebut tidak terhenti setakat itu saja, ada sambungan siri kedua bagi mereka yang ‘lulus’ dengan jawapan cemerlang.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom asah bakat berbahasa Korea dengan kuiz terbaharu. ‘Aja aja hwaiting’ (jom berjuang)!