BAYANGKANLAH bagaimana perasaan ahli keluarga dan kariah yang membantu urusan berkaitan apabila jenazah yang hendak dikuburkan dan sudah hampir dimasukkan ke liang lahad rupanya sudah ‘bertukar wajah’.

Sepatutnya jenazah yang hendak diuruskan ialah seorang lelaki, namun apa yang berlaku sebaliknya hingga menimbulkan panik hadirin di tanah perkuburan terbabit.

Itu kejadian yang tular melalui sebuah video yang tersebar melalui aplikasi perbualan kelmarin. Video berdurasi 1.39 minit ini menunjukkan sebilangan kakitangan petugas kesihatan mengambil kembali keranda yang dibungkus dengan plastik dari kubur tersebut.

Keranda itu kemudian dimasukkan semula ke dalam ambulans.

Rupanya disebabkan kekeliruan petugas, keranda jenazah lelaki dengan keranda wanita yang terbabit yang dialamatkan di Wonocolo telah tertukar. Itu hanya diketahui daripada maklumat identiti yang terdapat di keranda.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Pagesangan, Jambangan, Surabaya.

Keluarga terlibat tentu saja terkejut dan kesal dengan kejadian tertukar mayat itu.

Amir, salah seorang sepupu si mati, mengatakan bahawa setelah mengetahui mayat telah tertukar, dia segera meminta pemandu ambulans untuk menghubungi hospital.

“Sebaik sahaja kami dapati ia jenazah seorang wanita, kami segera menyampaikannya dan meminta pemandu untuk menghubungi pihak hospital, sebelum mendapat perhatian mereka,” kata Amir kepada wartawan semalam (24/6/2020).

Jenazah kembali diangkat untuk dimasukkan semula ke dalam ambulans selepas kesilapan disedari petugas.

Amir berkata, jenazah saudaranya yang lelaki itu meninggal kerana sakit jantung. Pada hari Selasa (23/6) sekitar jam 9 pagi waktu tempatan, terdahulu lelaki itu yang masih hidup sebelum itu dibawa ke sebuah hospital swasta di Wonokromo. Tetapi tidak lama di hospital, saudara lelakinya yang berusia 53 tahun tersebut meninggal dunia.

Polis mengesahkan adanya pertukaran mayat-mayat berkenaan.

Ketua Polis Jambangan, Kompol Isharyata mengatakan berdasarkan maklumat yang diperoleh, ketika mayat mangsa hendak dimasukkan ke dalam kubur, keluarga terbabit baharulah perasaan identiti jenazah yang berbeza.

Iklan

Hospital minta maaf

Hospital Ahmad Yani meminta maaf atas kejadian pertukaran mayat itu yang mana sebelum ini si mati dirawat di hospital.

Pengarah Hospital Ahmad Yani, Dr Samsul Arifin mengakui terdapat kesalahan pada pegawainya ketika menyerahkan keranda untuk dikebumikan.

“Ya, ada kesalahan dari pegawai saya, tidak menggunakan SOP,” kata Samsul ketika dihubungi AFP pada hari Rabu (24/6/2020).

Iklan

Dr Samsul memberitahu bahawa pihaknya telah menggantung tugas kakitangan di hospitalnya itu yang tidak menjalankan SOP, sehingga menyebabkan kesalahan mengirim peti mati.

“Tentunya, karena mereka tidak menjalankan SOP, harus ada sanksi sesuai dengan peraturan,” katanya.

Dr Samsul menambah bahawa di bilik mayat Hospital Wonokromo, terdapat dua orang yang meninggal dunia. Samsul berkata, keluarga ingin segera menguburkan mayatnya. Tetapi pada masa itu, hanya ada seorang pegawai yang mengendalikan dan bergegas hingga lupa menjalankan SOP. -detiknews.com