TIDAK dinafikan buah nanas antara buah yang menjadi kegemaran kita. Rasanya yang manis, berjus dengan warna kuning yang menarik perhatian, pastinya ramai yang tergoda.

Namun, untuk mendapatkan buah nanas dengan rasa yang manis itu, kita kenalah pandai memilih. Jom kita cuba cara ini.

1. Aroma

Buah nanas yang sudah masak ranum mengeluarkan aroma yang harum. Sebelum memilih buah nanas hidu dahulu kerana haruman nanas yang sudah masak mudah untuk dikenal pasti. Sekiranya bau nanas itu lebih ke arah masam, kemungkinan besar ia sudah lama dan busuk.

2. Kulit

Pilih buah nanas ketika pemerhatian pada bahagian luaran. Buah nanas terbaik boleh dilihat pada kulitnya yang berwarna terang. Usah pilih kulit nanas yang kulitnya malap atau kelam. Warna nanas yang sudah masak ialah berwarna oren kekuningan yang gelap.

3. Warna

Buah nanas yang masih muda berwarna hijau sudah boleh di petik. Namun, sekiranya ia dipetik ketika masih hijau, buah tersebut tidak akan masak ranum. Ia tidak akan mencapai tahan manis dan berjus. Oleh itu, pilih buah nanas yang benar-benar sudah masak ketika dipetik.

4. Saiz

Pilih buah nanas yang bersaiz besar. Setelah dibuang kulitnya, isi buah tersebut tidak begitu banyak. Buah nanas yang besar memiliki lebih banyak isi untuk di makan.

Iklan

5. Tekan buah

Nanas yang sudah matang akan mempunyai tekstur yang empuk apabila ditekan. Elakkan daripada membeli nanas yang mempunyai tekstur keras kerana ini bermakna nanas masih muda dan belum sedia untuk dimakan.

6. Layu

Iklan

Daun yang terdapat pada buah nanas turut memainkan peranan bagi melihat keadaan buah tersebut. Keadaan daun yang sudah layu menunjukkan ia telah lama masak. Oleh itu, pilih buah yang lebih segar kerana nanas lambat menunjukkan kesan penuaan.

Dengan mengetahui cara memilih buah nanas yang betul, anda boleh menjimatkan duit dan juga masa kerana anda tidak akan tersalah membeli buah yang sudah busuk ataupun yang tidak matang lagi. Semoga bermanfaat.

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: UNSPLASH, CANVA