MALAYSIA mencatatkan rekod baharu pada dua hari berturut-turut kes positif Covid-19 dengan 22,948 kes dicatatkan hari ini, menjadikan kes keseluruhan bertambah kepada 1,489,460 kes.

Semalam, sebanyak 22,242 angka kes baharu harian Covid-19 direkodkan.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan peningkatan sebanyak 7,175 kes berbanding 6,858 kes semalam dan diikuti Sabah (2,583) dan Kedah (2,137).

Manakala Johor mencatatkan sebanyak 1,526 kes disusuli Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,439), Kelantan (1,271), Perak (1,229), Sarawak (1,206), Melaka (737), Pahang (736) dan Terengganu (621).

Selain itu, jumlah kes di Perlis dan Wilayah Persekutuan Putrajaya pula masing-masing mencatatkan 42 kes dan 26 kes, manakala Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan sembilan kes.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

WHO ingatkan tahun kedua pandemik Covid-19 mungkin lebih sukar

Sementara itu, menurut MyHEALTH KKM, semua kontak rapat di tempat kediaman perlu menjalani kuarantin segera walaupun tidak bergejala.

“Walaupun anak-anak dan ahli keluarga tidak bergejala, mereka perlu menjalani kuarantin dengan segera setelah mengetahui ahli keluarga di tempat kediaman adalah positif.

“Ramai individu yang tidak bergejala tidak menyedari bahawa mereka telah dijangkiti dan boleh menyebarkan virus ini kepada orang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Kontak rapat di tempat kediaman juga digalakkan menjalani ujian kendiri Covid-19.

Baca juga Demi keselamatan, jangan guna dapur jenis kaca lebih dari dua jam. Ini sebab-sebabnya…

Iklan

Sekiranya keputusan ujian negatif;

1. Individu yang tidak bergejala WAJIB meneruskan kuarantin sehingga tamat tempoh kuarantin.

Iklan

2. Individu yang bergejala PERLU hadir ke fasiliti kesihatan swasta atau klinik kesihatan untuk
penilaian kesihatan.