BUNGA mawar atau ada yang panggil bunga ros memang kegemaran wanita sebab ianya cantik dan wangi.  Namun tahu tak kita bahawa terdapat juga kegunaan lain yang mungkin ramai tidak tahu.

  1. Menghilangkan jerawat

Siapa sangka bunga mawar ini boleh menghilangkan jerawat. Ini kerana bunga mawar bersifat antioksida. Caranya, cuci muka dengan air suam yang dicampurkan dengan air mawar. Amalkannya selalu untuk menghilangkan jerawat pada wajah.

  1. Menyihatkan rambut

Air mawar juga mampu melembabkan rambut dan mengatasi kelemumur. Caranya, titiskan sedikit air mawar ketika syampu rambut. Urut-urut sedikit kulit kepala anda.

3. Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata

Iklan

Bunga mawar atau air mawar ini boleh digunakan untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Caranya, ambil kapas dan rendamkan air mawar. Kemudian tekapkan pada mata anda.

  1. Mengurangkan penghasilan sebum

Jika muka anda berminyak, gunakan bunga mawar untuk mengurangkannya. Caranya cuci muka dengan air bunga mawar atau jadikan bunga mawar ini sebagai toner anda.

Iklan

Bagi yang anda yang mempunyai masalah-masalah di atas, boleh cuba.

Penulis: Suhaila Ali

Sumber: Wanista