KEMERIAHAN jualan 11.11 Our Biggest One-Day Sale yang berlangsung semalam nampaknya membuatkan ramai tersenyum lebar.

Mana tidaknya, banyak tawaran hebat berlangsung selama 24 jam khas buat kaki shopping yang bijak mencari peluang keemasan untuk membeli barangan idaman.

Penggemar kopi misalnya, tidak akan melepaskan tawaran LazzMall 11.11 Biggest Sale untuk mesin pembuat kopi trending, Nescafe Dolce Gusto dengan pilihan hadiah percuma.

Lazada After Sale 11.11 Our Biggest One-Day

Memang berbaloi dengan diskaun hingga 20 peratus dan tambahan potongan baucar harga bernilai RM45, pembelian untuk set kopi segera tersebut ternyata lebih jimat.

Jika tidak berkemampuan untuk memiliki set mesin kopi premium, barangkali Nescafe Dolce Gusto boleh dipertimbangkan buat mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia barista.

Bukan itu sahaja, bagi wanita bersaiz besar bolehlah usha pilihan baju yang ditawarkan di Zanzea Official Store kerana harganya memang murah.

Tidak hanya tertumpu kepada kempen jualan tertentu, boleh dikatakan harga pelbagai jenis busana yang ditawarkan memang mampu milik sepanjang masa.

 

Lazada After Sale 11.11 Our Biggest One-Day

Jualan 11.11 Our Biggest One-Day Sale juga menjadi tumpuan para suri rumah yang mengidam untuk membeli penyedut habuk tanpa wayar atau robot yang trending di media sosial.

Memang banyak jenama vakum tersebut mempamerkan promosi harga yang membuatkan ramai rambang mata.

Iklan

Rasanya, Russell Taylor, Dyson, Perry Smith, Samu Giken, Philips dan Panasonic tidak pernah gagal menawarkan potongan harga buat peminatnya.

Lazada After Sale 11.11 Our Biggest One-Day

Bagi mereka yang tidak kesempatan untuk membeli-belah, jangan bimbang kerana Lazada After Sale bakal memberikan kegembiraan buat kaki shopping.

Bukan apa, tawaran Lazada After Sale berlanjutan hingga 15 November itu boleh mengubat kesedihan buat mereka yang ketinggalan untuk membeli barangan idaman pada harga rendah.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Tidak mustahil banyak promosi hebat ditawarkan bagi menghargai kesetiaan pengguna aplikasi Lazada.

Apa tunggu lagi? Jangan lupa untuk memuat turun aplikasi untuk memudahkan pencarian barangan.

Jangan lupa untuk imbas kod QR untuk mengumpul bonus pembelian anda.