LAZIMNYA, faktor penjimatan bahan api dan ekstra jarak perjalanan menjadi kriteria penting buat pengguna sebelum mengisi minyak kereta.

Mengisi minyak berkualiti dengan nilai yang sama, tetapi mampu memberi ekstra kilometer itu satu kelebihan yang mungkin menjadi rebutan.

Barangkali disebabkan itu, Shell Malaysia melancarkan kempen ‘Shell FuelSave 95 Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza’ demi memberikan kelebihan kepada pengguna setia.

Bagi pembaca SinarPlus yang belum peka mengenai kempen tersebut, Shell FuelSave 95 dikatakan lebih menyerlah dari segi keupayaan bahan api premium sekali gus membolehkan rakyat Malaysia menikmati extra perjalanan yang lebih baik.

shell extra km

Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata, pihaknya sentiasa mengutamakan keperluan pelanggan dalam segala urusan.

Justeru tambah beliau, semua bahan api yang ditawarkan dicipta khas demi memenuhi keperluan pengguna ketika dilanda wabak pandemik Covid-19.

“Wabak virus korona ternyata mempengaruhi situasi kewangan kebanyakan isi rumah, kami faham dengan sedikit ekstra, akan memberikan perbezaan dalam kehidupan harian.

“Aspirasi kempen ini adalah untuk memberikan penjimatan serta-merta. Janganlah sekadar mempercayai kata-kata saya, alami sendiri perbezaan ekstra,” ujarnya yang mengajak orang ramai mencuba Shell FuelSave 95 hari ini.

shell extra km

Apa yang lebih menarik mengenai kempen tersebut? Direka dengan teknologi DYNAFLEX, Shell FuelSave 95 memberikan ekstra kilometer melalui:

(i) Ekstra penjimatan serta-merta.
Shell FuelSave 95 mengurangkan geseran sehingga 90 peratus pada bahagian kritikal enjin untuk memaksimumkan penjimatan petrol.

(ii) Ekstra Bersih.
Shell FuelSave 95 menghalang pembentukan mendapan sehingga 95 peratus untuk enjin yang lebih bersih.

(iii) Ekstra Perlindungan.
Shell FuelSave 95 melindungi enjin daripada kehausan, hakisan dan pembentukan mendapan dengan Triple Action Formula.

Selama hampir 130 tahun, Shell menerajui pembangunan bahan api berkualiti tinggi dan membuat pelaburan dalam modal insan selain teknologi sains untuk memacu inovasi bahan api di Malaysia.

shell extra kmEkstra Penjimatan

Dengan aspirasinya untuk memberikan penjimatan serta-merta daripada isian pertama*, Shell FuelSave 95 ternyata menjadi asas kepada inovasi Shell.

Shell Malaysia juga bekerjasama dengan BonusLink untuk menawarkan sehingga 4X Mata Ganjaran BonusLink dengan setiap pembelian minimum RM50 di stesen Shell.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shell.com.my.