SINARPLUS berbangga apabila buat pertama kalinya menerbitkan buletin khas berkonsepkan komuniti, Istimewa Ramadan sempena sambutan bulan Ramadan dan Aildilfitri tahun ini.

Pada kali ini, SinarPlus yang merupakan sisipan gaya hidup Sinar Ahad memilih untuk memfokuskan kepada penduduk Shah Alam, Selangor dan kawasan sekitarnya.

Apa bezanya SinarPlus dengan buletin dalam bentuk e-paper tersebut? Menjawab pertanyaan itu, Editor Eksekutif Gaya Hidup & Hiburan, Meen Tahrin berkata, Istimewa Ramadan menyajikan pengisian khas yang selalu dicari khalayak ketika bulan puasa dan Syawal.

Antaranya seperti fesyen, pencarian lokasi berbuka, bersahur dan moreh termasuk idea untuk melaram serta tampil vazz sepanjang lebaran.

Kolum-kolum seperti Bufet Kayangan, Bufet Bajet, Let’s Bazar, Lepak Moreh, Resipi Simple, Kuih Homemade dan Kuih ‘Tunjuk-Tunjuk’, Hijab & Pin, Boutique For Ladies, Butik Famili, Rias, Tempah Jer termasuk Cuti-Cuti Raya pasti mengujakan pembaca.

Sinarplus buletin Istimewa Ramadan

Tidak sekadar itu sahaja, ujar Meen, beberapa jenama terkemuka rumah fesyen dan restoran berbesar hati memberi diskaun khusus kepada pelayar buletin Istimewa Ramadan.

“Caranya cukup mudah, hanya menunjukkan halaman e-paper Istimewa Ramadan kepada petugas di premis terlibat, anda layak untuk menebus semua harga runtuh yang ditawarkan.

“Sebagai tanda ucapan terima kasih kami kepada para pembaca, buletin ini boleh diakses akses secara percuma melalui pautan https://sinarplus.sinarharian.com.my/sinarplus-komuniti/sinarplus-komuniti-shah-alam/,” katanya.

Sinarplus buletin Istimewa Ramadan

Hanya dengan memdaftar e-mel, semua pelayar secara automatik dapat membaca semua informasi yang bersifat interaktif dan santai.

Mengulas lanjut, Meen berkata, SinarPlus menzahirkan ucapan terima kasih kepada beberapa label besar seperti Bokitta, SOFEAROSE, Qaysaa dan D’Brooch yang memberi bonus menarik kepada pembaca dengan hanya menunjukkan halaman Istimewa Ramadan kepada para petugas mereka.

Baca juga Wow! Rebut pelbagai diskaun menarik dalam buletin khas SinarPlus Istimewa Ramadan

Sebagai contoh, Bokitta memberi diskaun RM10 untuk setiap pembelian edisi baharu seleksi tudung. Begitu juga dengan Qaysaa (potongan RM19 untuk koleksi Qaysaa Raya 2023) dan SOFEAROSE (10 peratus untuk pembelian tudung baharu).

Sinarplus buletin Istimewa Ramadan

“D’Brooch yang mengetengahkan pelbagai aksesori seperti kerongsang, gelang, tangan dan cincin pula menawarkan bonus 10 hingga 15 peratus ke atas barangan terpilih,” katanya.

Sementara itu, menerusi segmen Bufet Kayangan, Bufet Bajet dan Lepak Moreh, Istimewa Ramadan mengetengahkan beberapa lokasi ‘legend‘ termasuk beberapa destinasi baharu yang semakin menarik perhatian.

Sinarplus buletin Istimewa Ramadan

Restoran Selera Nate yang terletak di Accenta Glenmarie misalnya, memberi potongan diskaun sebanyak RM8. Zada Kafe pula memberi harga promosi RM49.90 (berbanding RM59.90).

Baca juga SinarPlus dijenamakan semula, fokus kepada trend gaya hidup wanita

Warung Tiga Lima yang menyediakan menu moreh nostalgia dan kopi tempatan yang memang ‘terangkat’ turut menghadiahkan potongan 5 peratus untuk setiap pembelian makanan.

Sinarplus buletin Istimewa Ramadan

Kepada yang rajin ‘bersilat’ di dapur, sidang redaksi berjaya menghubungi cef viral Indonesia, Lina Tjondra untuk berkongsi resipi Es Laksamana Mengamuk dalam segmen Resipi Simple. Apa menu itu? Sila layari buletin kami.

Ujar Meen lagi, menerusi Let’s Bazar pula, berapa hidangan unik yang semestinya mengiurkan direkomendasi. Antaranya seperti Mee Sotong Mami Jarum yang berjualan di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Nasi Kandaq Tersandaq (Bazar Ramadan Seksyen 28), Murtabak Ngosek (Bazar Ramadan Seksyen 19) dan banyak lagi.

Sinarplus buletin Istimewa Ramadan

Bagaimana pula dengan kuih raya? Beberapa usahawan yang dijamin memberi kepuasan turut berjaya ditemui.

Iklan

“Kepada yang tiada masa nak buat pula, boleh ‘tunjuk-tunjuk’ saja di premis kuih yang dijamin mutu dan kualiti. Harganya memang ‘rahmah’,” ujarnya.

Baca juga SinarPlus anjur peraduan ‘Live Your Life’ sempena ulang tahun ke-3, tawar hadiah menarik

Sarat dan padat dengan informasi, e-paper Istimewa Ramadan itu juga memberi panduan kepada orang ramai untuk tampil sihat, ceria dan menawan pada pagi Aidilfitri.

Sinarplus buletin Istimewa Ramadan

“Biasalah, selepas penat memasak di dapur, para wanita mesti nak nampak cantik, bukan?

Memahami kehendak kaum Hawa, dalam kolum Rias, beberapa lokasi seperti pusat urutan, penjagaan wajah, menghiasi kuku termasuk memakai inai diketengahkan,” katanya.

Tidak terhenti setakat di situ sahaja,kepayahan orang ramai untuk menempah menu pada awal Aidilfitri biasanya menjadi bebanan.

Justeru, ungkap Meen, enggan menghampakan permintaan ramai, beberapa usahawan dan ketering yang dihubungi bersedia menerima tempahan segala macam makanan serta minuman.

Iklan

Sinarplus buletin Istimewa Ramadan

Terakhir, bagi anda yang ingin bercuti bersama keluarga pada musim perayaan, dua destinasi yang mempunyai panaroma cukup hebat seperti Villa Sajuri dan Imperia Asia Guest House memberi ganjaran yang semestinya tidak boleh dilepaskan.

“Buletin e-paper Istimewa Ramadan keluaran sulung SinarPlus saya sifatkan memang sangat menarik. Menjadi satu kerugian sekiranya orang ramai tidak melayarinya untuk mendapatkan info dan bonus yang ditawarkan.

“Saya percaya, segala yang dimahukan sempena Aidilfitri ini dapat direalisasikan dan pastinya membantu khalayak berjimat,” katanya.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.