KEHIDUPAN suri rumah dan wanita bekerjaya barangkali lebih mudah dengan adanya serbuk perencah yang membantu menambah keenakan dalam masakan.

Bagaikan memahami kesibukan golongan tersebut, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (Ajinomoto) baru-baru ini memperkenalkan dua varian terbaharu, Tepung Goreng Pisang dan Tepung Goreng Cucur Seri-Aji®.

Jenama itu dalam satu kenyataan berkata, pengenalan produk tersebut sebagai inisiatif untuk membolehkan orang ramai menikmati aktiviti memasak walaupun dalam suasana sibuk.

“Selama beberapa dekad, pelbagai perencah nasi goreng yang kami perkenalkan telah menjadi salah satu barisan produk yang paling digemari.

Tepung Goreng Pisang dan Tepung Goreng Cucur Seri-Aji®

“Rangkaian produk Seri-Aji® yang terdiri daripada perencah menu khusus itu juga dilihat dapat membantu para pengguna menyediakan snek hidangan di rumah dengan cepat dan mudah,” kata jenama itu.

Barangkali ramai tertanya-tanya keistimewaan dua jenis tepung yang diperkenalkan Ajinomoto tersebut, apa yang pasti setiap ramuan mempunyai fungsi tersendiri.

Baca juga Seri Aji, Germise ‘teman setia’ ibu

Tepung Goreng Pisang Seri-Aji® misalnya, diperbuat daripada pelbagai tepung yang menghasilkan tekstur rangup dan menambah keenakan pisang goreng dengan sedikit aroma vanila manis.

Pada masa sama, adunan tepung jenis itu sesuai digunakan untuk menggoreng nangka, ubi kayu dan ubi jalar sekali gus menjadikan hidangan menu petang lebih bermakna.

Tepung Goreng Pisang dan Tepung Goreng Cucur Seri-Aji®

Bagi peminat cucur, bolehlah mencuba Tepung Goreng Cucur Seri-Aji® sebagai pelengkap sempurna untuk menyediakan snek gorengan yang enak dan lazat.

Gabungan tepung dengan ramuan rencah dan rempah ratus membuatkan setiap gorengan cucur lebih rangup luar serta lembut pada bahagian dalam.

Baca juga Tiada idea nak masak? Ajinomoto sediakan lebih 200 resipi menarik melalui laman web mereka

Iklan

Lagi enak jika menggunakan Tepung Goreng Cucur Seri-Aji® bersama udang dan sayur-sayuran.

Siapa kata duo tepung goreng Seri-Aji® yang diperkenalkan ini tidak sesuai untuk mereka yang jenis memilih atau cerewet terhadap makanan?

Tepung Goreng Pisang dan Tepung Goreng Cucur Seri-Aji®

Cuba sekali pasti mahu lagi! Bagi ibu yang sedang mengajar anak-anak untuk menyukai buah atau sayur-sayuran, bolehlah pertimbangkan dua produk baharu tersebut.

Iklan

Inisiatif tersebut menurut jenama Ajinomoto adalah sebagai mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan dalam kalangan rakyat Malaysia dalam mencipta nilai bersama.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Ajinomoto berharap dapat meringankan beban para suri rumah dan ibu bapa yang bekerja ketika menyediakan hidangan berkhasiat untuk keluarga tersayang.

“Tiada lagi yang dapat mengeratkan ikatan keluarga selain berkongsi hidangan yang lazat bersama seisi keluarga,” kata jenama itu.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan pelbagai jenis produk Seri-Aji®, boleh didapati di kedai runcit, pasar raya dan platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada.