KALAU kita perasan, beberapa iklan produk kecantikan seperti pencuci muka ada menyebut 'kebaikan daripada ekstrak lidah buaya'.

Pernyataan itu bukan sekadar cakap sahaja kerana hakikatnya tanaman hiasan itu mempunyai pelbagai khasiat.

Merujuk portal Healthline, pokok lidah buaya itu berasal dari Afrika utara, Eropah Selatan dan Kepulauan Canary sebelum ditanam di kawasan beriklim tropika di seluruh dunia.

Senang kata, tumbuhan jenis herba berkenaan senang tumbuh walaupun tidak dibajai sepenuhnya.

Selain daripada merawat masalah rambut dan kulit, pokok lidah buaya atau aloe vera mempunyai pelbagai kebaikan lain.

Berikut maklumat yang dikongsikan melalui Telegram Petua dan Kesihatan.

1. Berkesan bagi mengatasi masalah kulit berminyak.

- Lidah buaya mengandungi asid salisilik yang bertindak sebagai ejen untuk menghalang penghasilan minyak berlebihan.


- Jadi, lendir yang ada pada lidah buaya boleh disapukan pada muka untuk mengawal minyak berlebihan.

2. Merawat kesan luka.

- Daun lidah buaya boleh membantu mempercepatkan proses pertumbuhan kulit selepas kecederaan terutamanya berkaitan luka.
- Anda perlu meratakan lendir lidah buaya pada kawasan kulit yang bermasalah dan biarkan ia semalaman. Insya-ALLAH, luka akan cepat sembuh.

3. Mengurangkan berat badan.

- Salah satu tumbuhan yang membantu dalam meningkatkan keberkesanan diet dan potensi penurunan berat badan.
- Caranya dengan menjadikan lidah buaya sebagai jus yang boleh diminum setiap hari. Disebabkan rasa asli lidah buaya agak pahit, jadi anda boleh campurkan dengan sedikit madu dan lemon utnuk rasa yang lebih sedap.

4. Tiada lagi masalah rambut gugur.

- Daun lidah buaya mempunyai kandungan vitamin A,C dan E yang baik untuk kulit wajah dan berat badan. Selain itu, ia juga berkesan mengawal masalah keguguran rambut yang serius.

Iklan

5. Hilangkan kelemumur.

- Akhir sekali, lidah buaya juga boleh melegakan gatal-gatal pada kulit kepala serta berkesan menangani masalah kelemumur.
- Caranya, anda boleh urutkan lendir lidah buaya (satu atau dua sudu) di kawasan kulit kepala sebelum tidur.

Nampaknya, kebanyakan faedah yang diperoleh memang membantu dalam merawat masalah seharian kita.

Jadi, tidak rugi rasanya kita menanam pokok tersebut di rumah. Mudah sangat mahu menjaganya.

SinarPlus turut akan berkongsi bagaimana menanam pokok aloe vera dengan cara mudah seperti yang dinyatakan dalam laman web Root Of Science.

-Dengan menggunakan anak pokok yang telah disediakan, ia boleh terus ditanam dalam pasu atau bekas yang bersesuaian.

-Sebelum ditanam, prosedur yang tertentu perlu dijalankan bagi memastikan keberkesanan penanaman:

Iklan

a) Sediakan media tanah campuran dengan nisbah (1:1:1) yang mengandungi batu kerikil, tanah dan pasir.

b) Kemudian, isikan ¾ bahagian dalam pasu yang mempunyai lubang untuk mengelak takungan air secara berlebihan.

c) Tanaman ini mampu hidup dalam keadaan yang kering, akan tetapi akarnya akan membusuk jika terdapat takungan dalam pasu.

Baca juga Guna minyak kelapa dara atasi sembelit, ruam pada bayi. Ini 4 lagi manfaat lain yang sangat berguna

d) Ambil anak pokok yang disediakan dan letakkan pada bahagian permukaan tanah.

e) Timbuskan dengan batuan-batuan kecil seperti kerikil bagi memenuhi ruangan pasu.

f) Untuk pengetahuan semua, batuan kerikil akan membantu membekalkan pengudaraan bagi pertumbuhan akar yang baik.

g) Biarkan selama lima hari tanpa siraman bagi pengadaptasian akar pada tanah baru. Kemudian, sudah boleh disiram secukup secara berkala setiap hari.

Bagaimana pula dengan proses penyiraman?

Untuk tempoh lima hari pertama, pohom tidak perlu disiram.

Jika disiram juga, berkemungkinan akar akan mati dalam tempoh tersebut.

Pemberian air terhadap lidah buaya juga tidak perlu terlalu banyak, cukuplah sekadar membasahi tanah atau satu hinggadua kali sehari bergantung kepada cuaca.

Senangkan? Kalau tak boleh juga, beli sahaja pokok lidah buaya di kedai tanaman berhampiran. 😀

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI