KECANTIKAN dan keayuan wajah boleh diibaratkan sebagai mahkota bagi seorang wanita, namun mengekalkannya bukanlah satu perkara yang mudah.

Rutin harian yang terlalu sibuk menyebabkan ramai antara kita terutama yang berkerjaya tidak dapat rehat yang cukup sehingga munculnya lingkaran gelap bawah mata atau dark circle.

Paling tak menarik, kadangkala kewujudan dark circle disertai dengan eyebags.
Kepada yang memang teliti soal penjagaan wajah, gabungan kedua-dua masalah itu amat digeruni.

Memetik kenyataan Healthline, masalah mata panda terjadi bukanlah tidak cukup rehat semata-mata, ia disebabkan oleh tidur berlebihan.

Jangan risau, laman perubatan antarabangsa itu membantu dengan berkongsi informasi mengenai cara-cara mengatasinya:

1. Guna kiub Ais


– Rawatan terbaik adalah dengan meletakkan kiub ais pada bahagian bawah mata selama 20 minit.
– Ia membantu mengurangkan eyebags dan mengecutkan salur darah.

Baca juga:  Wanita bertudung alami masalah rambut? Berikut 13 tip penjagaannya

2. Dapatkan rehat yang secukupnya


– Mereka yang sibuk bekerja amat digalakkan untuk mendapatkan tambahan waktu tidur bagi memastikan penampilan wajah tidak pucat dan kelihatan lebih bertenaga.

3. Bantal empuk dan tinggi


– Guna bantal yang tinggi sewaktu tidur untuk menghalang cecair berkumpul di bawah mata yang menyebabkan berlakunya mata panda dan kantung mata.

4. Kekal terhidrat

Iklan


– Kecantikan memerlukan anda untuk kekal terhidrat kerana ia membantu mengekalkan kelembapan wajah supaya kulit kelihatan segar, tidak kusam dan bertenaga.
– Pengambilan teh, susu, sayur-sayuran dan buah-buahan juga boleh dimasukkan ke dalam diet harian kerana ia turut membuatkan tubuh kekal terhidrat.

5. Uncang teh


– Uncang teh mengandungi kafein dan antioksidan yang membantu peredaran dan mengecutkan saluran darah serta mengurangkan pengumpulan cecair pada bawah mata.
– Cara penggunaannya adalah rendam uncang teh hijau/hitam ke dalam air panas selama 5 minit, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 15 ke 20 minit.
– Seterusnya, tutup mata dan sapu serbuk teh pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 20 minit, kemudian cuci muka seperti biasa.

Nampaknya, apa yang disarankan amat mudah dilakukan dan bahan-bahan yang dicadangkan pun mudah nak cari.

Iklan

Apa lagi, kepada yang anda yang ada masalah ‘mata panda’, jom gunakan petua yang disenaraikan.

Baca juga: Kulit masih anjal walau usia meningkat, ketahui 6 rahsia makanan wanita cantik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.