VARIAN sos terbaharu, ‘top secret‘ Domino’s Piza yang dilancarkan baru-baru ini memberi sentuhan cukup luar biasa buat peminat jenama itu.

Masakan tidak, tahap kepedasan sos untuk Spicy Tuna Temptation, Spicy Vegie Fiesta, Spicy Classified Chicken dan Spicy Chicken Confidential itu bukan calang-calang.

Lagi best, pilihan set baharu yang cukup mengiurkan iaitu Spicy Fling Chicken Wings dan Breadstix menyempurnakan sajian popular tersebut. Tawaran ini hanya untuk masa terhad saja tau!

Berkongsi mengenai berita gembira itu, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino’s Piza Malaysia dan Singapura, Linda Hasan berkata, ramuan rempah sos ‘top secret’ yang enak itu menjadi daya tarikan baharu buat peminat jenama tersebut.

“Pilihan sos viral ini yang mengggabungkan krim, keju dan bawang putih dalam empat rasa berbeza itu antara yang paling laris dan digemari ramai.

“Percayalah bahawa Spicy Fling dibuat khas dengan kombinasi sempurna perencah cili pedas dan perahan cili yang sesuai untuk setiap cita rasa,” katanya.

domino's piza top secret

Tambah beliau, memahami kegemaran rakyat Malaysia terhadap makanan pedas, sos ‘Top Secret’ Pedas Memikat itu akan menambah nilai juadah yang disajikan sekali gus menjadikannya berbeza daripada pesanan biasa.

“Selaras dengan janji ‘It’s All About You‘, kami terus berusaha untuk memuaskan peminat dengan keunggulan kualiti makanan dan pengalaman yang konsisten.

“Kami melihat saat ini sebagai masa yang tepat untuk memanfaatkan profil rasa tempatan Malaysia sekali gus membawa sentuhan baharu yang lebih menarik,” katanya yang menyarankan pelanggan mencuba semua varian yang ditawarkan.

domino's piza top secret

Iklan

Bagi mereka yang tahan pedas, pilihan sos ‘Top Secret‘ Pedas Memikat yang dihidangkan bersama salutan cili unik digabungkan dengan daun pasli kering dan bawang putih rangup mampu membangkitkan selera.

Selain itu, untuk menambah pengalaman gastronomi penggemar piza, sos ‘top secret’ pedas sederhana mampu menyemarakkan lagi pancaindera dengan taburan rempah premium.

Lebih menarik, variasi piza untuk set Domino’s Sos ‘Top Secret’ Pedas Memikat boleh didapati dalam saiz personal, regular, large dan Xtra large di seluruh negara.

Pelanggan juga boleh menambah Spicy Fling Breadstix dan Spicy Fling Chicken Wings pada harga RM10.90 and RM14.90 sahaja.

Iklan

domino's piza top secret

Sebagai tambah nilai, orang ramai juga berpeluang untuk menikmati tawaran berbaloi beli 1 percuma 2 dengan jaminan penghantaran dalam tempoh 30 minit terus ke rumah.

Jadi apa tunggu lagi? Bolehlah isi troli online anda untuk set piza idaman. Hanya klik pada aplikasi Domino’s Piza Malaysia atau layari laman web www.dominos.com.my atau terus ke outlet berhampiran.