MESTI ramai dalam kalangan kita masih tertanya-tanya mengenai penggunaan senduk silikon yang tular terutamanya buat warga ibu.

Ada antara kita yang takut nak guna senduk tersebut dek pelbagai persoalan dan kemusykilan yang timbul. Antaranya seperti persoalan dalam sebuah page yang dikongsikan ahli kimia, Dr Fatimah Salim ini.

PERSOALAN mengenai senduk silikon. Foto: Facebook Anis Syuhada.

Kata Dr Fatimah, minyak berbuih disebabkan oleh degradasi struktur kimia yang membentuk minyak atau kontaminasi (tidak tulen) minyak dengan benda asing (impurities).

“Apabila dipanaskan, tenaga kinetik molekul-molekul minyak akan bertambah, lalu memaksa penolakan benda asing ini ke permukaan minyak.

“Keadaan inilah menyebabkan terbentuknya buih pada minyak,” jelasnya.

Untuk kes senduk silikon yang berbuih berkenaan, jelasnya, kemungkinan besar disebabkan integriti struktur binaan senduk terganggu dengan suhu panas minyak.

Artikel berkaitan: Elak rumah berbau lepas masak!

“Itu mungkin disebabkan oleh kurangnya kualiti silikon itu sendiri tidak tahan tahap kepanasan minyak.

“Komponen yang membentuk senduk berkenaan bercampur dengan minyak sebagai benda asing, punca terbentuknya buih tadi,” ujarnya lagi.

Iklan

Secara peribadinya, Dr Fatimah menggalakkan hanya menggunakan senduk logam atau kayu untuk memasak pada suhu tinggi.

“Setakat pengalaman, senduk silikon biasa mengerutu di hujung kerana bersentuhan terus dengan permukaan kuali yang sememangnya pengalir haba yang sangat bagus,”.

Ketahuilah, silikon apabila termakan dalam kuantiti sedikit itu tidaklah boleh menyebabkan mudarat kepada kesihatan.

Iklan

Namun begitu anda boleh cuba praktikkan amalan ini:

1. Elakkan senduk digunakan pada suhu tinggi seperti menggoreng.
2. Kurangkan interaksi senduk dengan minyak dengan tidak membiarkan senduk terendam lama dalam minyak.
3. Elakkan senduk bersentuhan terus dengan permukaan kuali.
4. Gunakan senduk silikon untuk menyenduk makanan telah dimasak, atau mengacau kuah yang berasaskan air saja.

Pada masa sama, Dr Fatimah turut berkongsi: “minyak yang telah digunakan berulang kali juga akan menjadi lebih likat kerana terperangkapnya lembapan, udara dan komponen masakan seperti kanji, protein dan saponin yang boleh menyebabkan berlakunya buih. Benda asing ini juga penyebab lambat dan kurangnya tahap kepanasan minyak,”.