MEMAHAMI kepentingan penjagaan haiwan sebelum dan selepas banjir, Royal Canin mengambil inisiatif proaktif untuk memberi kesedaran berterusan kepada pencinta haiwan.

Menariknya, jenama popular tersebut juga berkongsi ilmu berguna dan maklumat yang betul mengenai penjagaan haiwan pada saat kecemasan atau musibah seperti insiden banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Pengurus Komunikasi Saintifik di Royal Canin Malaysia, Dr Dylan Choy berkata, antara perancangan awal yang perlu dilakukan sebelum musibah seperti pemakaian tag pengenalan bagi memudahkan misi pencarian jika terjadi kes kecemasan.

royal canin

“Selain itu, pastikan keperluan makanan dan ubat disediakan dengan baik memandangkan setiap anak kucing dan anjing mempunyai corak pemakanan yang berbeza.

“Paling penting, pastikan haiwan peliharaan anda diberi vaksin antaranya pelindungan terhadap Leptospirosis iaitu penyakit bakteria bahaya yang boleh ditemui di dalam atau sekeliling air khususnya banjir,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Dr Dylon juga menekankan dokumen penting seperti rekod vaksinasi dan butiran doktor haiwan perlu disimpan dalam beg tertutup dan kalis air, selain simpan foto haiwan kesayangan.

royal canin

“Semua dokumen dan gambar penting jika berlaku kes kehilangan kucing atau anjing ketika musibah berlaku dan saya nasihatkan, sentiasa kemas kini maklumat di media sosial,” katanya.

Berikut, apa yang perlu anda lakukan jika berlaku kecemasan:

i) Letak haiwan peliharaan pada aras lebih tinggi bersama stok makanan, air dan dulang sampah. Pastikan si bulus kekal kering jika pada saat itu, pemilik terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan banjir.

royal canin

ii) Letak notis di pintu atau tingkap untuk memaklumkan kepada petugas kecemasan bahawa terdapat haiwan peliharaan di dalam rumah.

iii) Jangan tinggalkan si bulus di dalam sangkar atau carrier tanpa pengawasan kerana boleh memerangkap mereka ketika kawasan dinaiki air.

Baca juga Bawa si bulus jumpa doktor, kucing pun kena vaksin juga. Ikuti saranan kempen Take Your Pet to The Vet cegah penyakit lebih awal

iv) Jika anda perlu berpindah ke tempat lebih selamat, pastikan haiwan peliharaan ditinggalkan di ruang rumah yang lebih selamat.

Iklan

v) Elakkan kucing atau anjing terdedah dengan air banjir kerana ia mungkin tercemar dan terdedah kepada risiko penyakit.

royal canin

vi) Jika ternampak haiwan peliharaan terperangkap dalam banjir, jangan sesekali terjun ke dalam air untuk menyelamatkan mereka kerana tindakan itu boleh mengundang bahaya. Serahkan kepada pasukan penyelamatan untuk bantuan.

Baca juga Mahu kenal pasti penyakit urinari si bulus, ini pendekatan mudah yang boleh dilakukan

Selain itu, Royal Canin juga turut berkongsikan tindakan yang boleh diambil selepas tempoh kecemasan. Tip yang dikongsikan seperti berikut:

Iklan

i) Pemilik anjing dinasihatkan supaya tidak beriadah bersama haiwan kesayangan sehingga kawasan terjejas kembali pulih.

royal canin

ii) Bawa haiwan peliharaan ke klinik veterinar berhampiran untuk pemeriksaan menyeluruh kerana mungkin ‘mereka’ cedera secara fizikal atau dalam ketika kecemasan berlaku.

iii) Haiwan peliharaan juga boleh mengalami trauma dan tertekan disebabkan perubahan yang berlaku secara tiba-tiba dan perhatikan tingkah laku khususnya si kucing kerana sifat ‘mereka’ yang suka berahsia.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Untuk info lanjut mengenai makanan yang bersesuaian dengan si bulus, pencinta haiwan boleh melayari https://www.royalcanin.com/my/where-to-buy untuk senarai kedai terpilih.