BANYAK pakej istimewa Royale Pharma dan Shopee tawarkan sepanjang pandemik Covid-19, kotak kombo Mydin jangan dilepaskan.

Barangkali memahami penularan wabak pandemik Covid-19 yang semakin mengganas ketika ini, Royale Pharma menyediakan pakej istimewa untuk rakyat Malaysia.

Sempena #balikkerjapackages, Royale Pharma menawarkan kit lengkap untuk mereka yang memerlukan perlindungan tambahan untuk seisi keluarga.

Ada dua jenis pakej yang disediakan iaitu Balik Kerja Office Pack dan Balik Kerja Personal Pack, masing-masing bernilai RM63 berbanding harga asal RM70.70.

sale royale pharma shopee mydin

Apa yang menarik, pakej tersebut lengkap dengan kelengkapan seperti Dettol Spray Morning Dew, Dettol Anti-Bacterial Wipes, Royale Hand Wash Lagoon dan suplemen vitamin C jenama Citrex.

Setiap pembelian tersebut, anda akan menerima satu Acemd Instant Hand Sanitizer Anti-Bacterial secara percuma.

Promosi tersebut hanya sah hingga 31 Julai ini dan setiap pembelian minimum RM100 akan menerima penghantaran percuma selain hadiah istimewa sementara stok masih ada.

sale royale pharma shopee mydinsale royale pharma shopee mydin

Pembelian hanya sah dilakukan secara dalam talian saja. Jadi, apa tunggu lagi, bolehlah cuci mata dan intai promosi yang ditawarkan Royale Pharma sekarang.

Bagi mereka yang tercari-cari suplemen tambahan tetapi takut untuk keluar rumah, jangan bimbang kerana Royale Pharma ada jualan penghabisan stok yang wajib direbut.

Ada banyak jenama suplemen popular dan diyakini, antaranya Blackmores, Bi0-Life, Himalaya, 21st Century, Sweet Royale dan banyak lagi.

Untuk pembelian barangan berharga bawah RM5 dan RM3 pun ada juga tau! Contohnya bedak bayi, ubat gigi, berus gigi kanak-kanak, cecair pembasmi kuman dan macam-macam lagi.

Hanya klik di hujung jari saja, semua pilihan item yang diinginkan terus masuk ke dalam troli online. Tak perlu susah-susah lagi beratur di tempat sesak.

sale royale pharma shopee mydin

Selain itu, Shopee sekali lagi merancakkan jualan sempena PayDay Sale 25 Julai ini dengan penganjuran RM8 Branded Deals Day. Ya! Hanya RM8 untuk barangan berjenama.

Seperti biasa, Shocking Sale pada harga lebih rendah akan bermula jam 12 pagi hingga 10 malam dengan pelbagai pilihan item menarik.

Iklan

Melalui Shopee juga, pelbagai pakej barangan keperluan dapur yang cukup menarik disediakan oleh pihak Mydin bermula RM30 hingga RM100.

sale royale pharma shopee mydin

Ada empat pakej yang ditawarkan iaitu Kita Jaga Kita Box Combo bernilai RM30, Duduk Rumah Box Combo (RM50), Lindungi Diri Box Combo (RM80) dan Norma Baharu Box Combo bernilai RM100.

Untuk pakej Kita Jaga Kita Box Combo, ada sembilan item ditawarkan antaranya gula, minyak masak, biskut, sardin dalam tin, bihun, pemanis creamer, teh, kopi dan pelitup muka.

Bagi pakej Norma Baharu Box Combo, ada 17 barangan dalam satu bungkusan seperti beras 10 kilogram, gula, tepung, minyak masak, sos cili dan tomato, kordial, bihun dan sardin dalam tin.

Iklan

Selain itu, ada juga biskut, mi segera, garam halus, pemanis creamer, teh, kopi campuran dan pelitup muka.

sale royale pharma shopee mydin

Berbaloi bukan? Pakej menarik yang ditawarkan Mydin itu juga boleh dibeli untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

Jadi apa tunggu lagi, cepat-cepat isi troli online anda untuk merebut pilihan istimewa yang ditawarkan Royale Pharma, Shopee dan Mydin ya.

Apa yang penting, jangan keluar rumah jika tiada urusan penting lebih-lebih lagi kes jangkitan yang dilaporkan ketika ini semakin meningkat. #kitajagakita #kitalaluibersama