PERNAHKAH anda berdepan situasi aneh apabila dapat melihat bentuk wajah pada objek secara rawak?

Sebagai contoh, kentang ada mimik muka melucukan atau reka bentuk rumah seperti muka yang sedang marah.

Terlebih dahulu, cuba lihat gambar di bawah ini, apa yang anda lihat?

Pareidolia

Jika anda pernah berdepan kejadian seperti itu, ia sebenarnya adalah satu terma yang dipanggil sebagai pareidolia.

Menurut fakta yang dikongsikan medcraveonline.com, pareidolia adalah sejenis ilusi visual kompleks yang sering berlaku kepada manusia.

Ramai yang mengandaikan bahawa situasi seumpama itu dikaitkan dengan gangguan mental seperti depresi, malah ada yang kata ia mistik.

pareidolia

‘Keupayaan’ untuk mengesan corak atau wajah pada objek itu, bagaimanapun tidak dikaitkan dengan gangguan mental atau sebagainya, cuma halusinasi ringan tidak membahayakan.

Jika merujuk maklumat yang dikongsikan earthsky.org, pareidolia berasal daripada perkataan apophenia.

Ia istilah umum bagi menjelaskan kecenderungan manusia yang mencari corak dalam imej rawak.

pareidolia

Kadang-kadang kemampuan untuk melihat objek dalam foto agak menyeronokkan dan menguji minda.

Ada juga objek yang dilihat seperti susuk tubuh seseorang, sedangkan sebenarnya ia hanya selendang yang disangkut pada penyangkut baju.

Jom kita lihat beberapa gambar yang dikongsikan boredpanda.com yang menarik untuk dibahaskan bersama.

Pareidolia

Akar kayu yang menyerupai pasangan kekasih pada 60-an.

Pareidolia

Iklan

Cendawan yang dilihat seakan anak burung hantu.

pareidolia

Bongkah ais yang menyerupai tangan menakutkan.

pareidolia

Foto yang pernah menjadi viral kerana ramai membahaskan sama ada haiwan ataupun manusia.

Apa yang anda lihat dengan gambar ini? Dinosaur atau lada hijau?

Iklan

pareidolia

Jika diperhatikan foto-foto yang dikongsikan, kebanyakan hampir kesemuanya lebih kepada bentuk muka, bukan?

pareidolia

Pun begitu, jangan terlalu obses ya kerana kebanyakan masyarakat Melayu yang berdepan situasi pareidolia sering dikaitkan dengan hal mistik.

Sebagai contoh, foto yang pernah tular dalam media sosial seperti penampakan susuk tubuh yang menyeramkan atau kepulan asap menyerupai muka.

Jangan fikir bukan-bukan ya? Perkongsian foto hanya untuk santai-santai sahaja. Jika anda pernah berdepan situasi seperti itu, jom kongsikan di ruang komen Facebook SinarPlus.