Prihatin. Safe Space @Suria KLCC jadi platform kongsi informasi kesedaran kesihatan mental

safe space @ Suria KLCC
November 28, 2021
Oleh Arziana Mohmad Azaman

DEMI menyokong kepentingan kesihatan mental, Safe Space @Suria KLCC dibuka kepada orang ramai baru-baru ini untuk mendapatkan maklumat tentang isu itu, selain mempromosikan aktiviti menarik.

Kempen yang dijalankan sempena Bulan Kesihatan Mental itu turut mendapat kerjasama daripada Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall di Kemaman, Terengganu.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Suria KLCC, Andrew Brien berkata, pihaknya percaya Suria KLCC menjadi pusat beli-belah pertama di Malaysia yang melancarkan kempen kesedaran seperti itu.

safe space @ Suria KLCC

"Selain sentiasa mempromosikan pusat membeli-belah sebagai tempat selamat untuk dikunjungi, kami berusaha untuk memanfaatkan ruang galeri bermaklumat bertemakan ‘We Are With You’ itu sebagai pendidikan tentang kepentingan kesihatan mental.

"Untuk itu, kami telah bekerjasama dengan beberapa organisasi untuk berkongsi maklumat secara kreatif dalam mengharungi waktu pandemik yang sukar ini," katanya dalam satu kenyataan.

Majlis perasmian Safe Space @ Suria KLCC yang dianjurkan baru-baru ini juga turut dihadiri Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Datuk Dr Andrew Mohanraj serta Pengasas dan Presiden Green Ribbon Group, Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah.

Iklan

safe space @ Suria KLCC

Sempena majlis itu, Tengku Puteri Iman Afzan turut bertitah: "Inisiatif Suria KLCC yang turut menekankan isu kesihatan mental itu menjadi satu contoh terbaik dan amat diperlukan ketika berdepan pandemik.

“Green Ribbon Group berhasrat untuk mengetuai pendekatan kemasyarakatan dalam isu kesihatan mental dan beta memuji usaha Suria KLCC dalam memperkasakan NGO (pertubuhan bukan kerajaan)."

Safe Space @ Suria KLCC yang terletak di Aras 1, Ampang Mall itu dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam untuk mereka yang memerlukan maklumat berkaitan kesihatan mental.

Iklan

safe space @ Suria KLCC

safe space @ Suria KLCC

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Selain itu, initiatif pengumpulan dana melalui penjualan Suria Ribbon Pin yang berharga MR10 turut dijalankan bagi membantu merancakkan lagi aktiviti yang sudah dirancang.

Antara aktiviti yang diadakan seperti pameran, bengkel, ceramah dan perbincangan panel profesional demi memperkasakan ilmu kesedaran dan kesihatan mental.

Influencer media sosial seperti Harith Iskandar, Dr Jezamine Lim dan Datuk Chevy Beh turut hadir memberi sokongan terhadap usaha murni tersebut.

About Arziana Mohmad Azaman

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *