SEMPENA sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, Lazada menganjurkan kempen Prosperity Sale Mesti Beli yang berlangsung hingga 12 Januari ini.

Apa yang menarik, sebanyak 88 peratus diskaun untuk slot Tech Mania yang mana pelbagai perkakas elektrik dan gajet ditawarkan pada harga luar biasa.

Tidak percaya? Antara perkakas elektrik yang menarik perhatian ramai seperti televisyen jenama Aiwa bersaiz 58 inci yang dijual pada harga RM1,999 sahaja.

Prosperity Sale Mesti Beli

Kalau diikutkan, harga asalnya RM4,999. Memang jimat dan menguntungkan kaki shopping.

Mungkin bagi mereka yang sedang mencari televisyen baharu, bolehlah usha beberapa jenama popular yang turut menawarkan harga menarik.

Jangan terlepas untuk merebut Crazy Sale yang berlangsung setiap jam tertentu.

Prosperity Sale Mesti Beli

Sekarang ini pun, banyak item sudah habis terjual seperti casing iPhone 13 Pro Max yang dijual pada harga RM8.88 sahaja.

Berus gigi elektrik, Sonic Electric Toothbrush Cordless juga dijual pada harga 9 sen sahaja berbanding harga asalnya, RM68!

Memang ‘meletop’ habis jualan sempena Tahun Baharu Cina kali ini.

Prosperity Sale Mesti Beli

Lagi satu, tidak perlu pening kepala untuk mencari item idaman kerana Lazada juga sudah menyediakan slot Picks For You bagi memudahkan pembelian.

Tidak hanya perkakas elektrik, keperluan rumah, dapur, barangan bayi dan susu juga ditawarkan dengan potongan harga istimewa.

Boleh jadi, inilah masanya untuk para ibu mengumpul stok susu atau lampin pakai buang si kecil pada harga menjimatkan.

Iklan

Prosperity Sale Mesti Beli

Selain itu, kempen Prosperity Sale Mesti Beli juga menawarkan barangan elektrik bawah RM288 seperti air fryer dan periuk tekanan jenama Russell Taylors, set kuali dan periuk jenama Tefal dan banyak lagi.

Baca juga Untungnya! Kondo mewah SkyMeridien jadi milik graduan UTeM sempena peraduan Tekan & Menang Shopee

Kalau mahu ditulis satu persatu, memang tidak terkata banyaknya promosi hebat yang sedang berlangsung. Memang rambang mata dibuatnya!

Iklan

Ketika anda membeli, jangan lupa ya menebus 8.8 juta baucar istimewa yang ditawarkan sepanjang tempoh kempen.

Prosperity Sale Mesti Beli

Lazada juga tidak melupakan insan-insan yang terkesan dengan musibah banjir yang melanda negara apabila mengajak orang ramai menyertai kempen LazadaForGood Monsoon Relief Aid.

Mudah sahaja, hanya memilih item yang ingin didermakan kepada mangsa banjir di dalam troli online dan check out.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Jadi, apa tunggu lagi? Jom bantu keluarga yang terbeban. Mungkin setiap sen yang anda sumbangkan mampu memberikan keceriaan buat mereka sekeluarga.