SENYUMAN pasti akan lebih manis jika gigi bersih dan putih.

Justeru, Sinar Plus kongsikan antara bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk mendapatkan gigi sihat, putih dan bersih tanpa memerlukan kos yang banyak.

1.Baking Soda

TIP
BAHAN yang sering digunakan dalam masakan ini boleh digunakan untuk mencantikkan gigi anda.

Siapa sangka bahan yang sering digunakan dalam masakan ini boleh digunakan untuk mencantikkan gigi anda.

Caranya mudah sahaja. Bancuh sedikit baking soda bersama ubat gigi dan berus gigi seperti biasa. Kemudian bilas.

Amalkannya sekali seminggu atau dua kali seminggu. Jangan lakukannya berlebihan kerana baking soda mampu menghakis permukaan gigi jika digunakan terlalu kerap.

2.Garam

TIP
GARAM dikatakan mampu memberi sumber mineral pada gigi di samping memutihkan warna gigi.

Bahan penambah rasa dalam masakan ini juga boleh membantu putihkan gigi. Garam dikatakan mampu memberi sumber mineral pada gigi di samping memutihkan warna gigi.

Cara penggunaannya dengan campurkan garam bersama ubat gigi dan berus gigi seperti biasa kemudian bilas. Tetapi berhati-hati ya jangan sampai garam berlebihan dan terkena pada gusi kerana ia boleh melukakan gusi anda.

Iklan

3.Amalkan menguyah buah dan sayuran

TIP
BUAH dan sayuran mempunyai tekstur berserat yang dikatakan mampu membantu menjadikan gigi lebih putih.

Jadikan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai snek anda. Buah dan sayuran mempunyai tekstur berserat yang dikatakan mampu membantu menjadikan gigi lebih putih.

Mengunyah buah atau sayuran mampu membersihkan gigi anda daripada sisa makanan dan menghilangkan plak kekuningan pada gigi.

Iklan

Selain dapat membersihkan gigi anda, makanan ini juga bagus untuk tubuh anda.

Inilah antara bahan yang mudah didapati tanpa perlu berbelanja lebih dan boleh membantu memberi anda gigi yang bersih dan putih jika anda rajin mengamalkannya. Jadi rajinkan diri. Selamat mencuba!

PENULIS: SUHAILA ALI