KEMERIAHAN sambutan Tahun Baru Cina tahun ini bagi masyarakat Tionghua di negara ini masih dirasai meskipun dalam suasana norma baharu dek kerana seluruh dunia masih dilanda wabak Covid-19.

Mood shopping nampaknya masih on. Justeru, platform dagangan maya popular, Shopee menjemput semua meraikan A Niu Year bersama duta jenamanya, ANIU sempena Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina yang sedang berlangsung hingga 13 Februari.

Apa yang menarik? Jangan lepaskan tawaran yang berharga hanya 8 sen sahaja selain baucar pulangan tunai Syiling Shopee sebanyak 88 peratus setiap hari. Wow! Memang bestkan?

shopee CNY

Keseronokan membeli-belah lebih berganda-ganda apabila penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM10 sahaja diberikan. Keistimewaan itu pasti dinantikan kaki shopping sebab ia memang dapat jimatkan kos.

Apa yang anda perlu tahu lagi mengenai Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina? Berikut SinarPlus perincikan maklumat menarik seperti di bawah ini:

1. Group Buy

Apa itu group buy? Pembelian secara berkumpulan lebih jimat dan menguntungkan. Ajak ahli keluarga dan kawan-kawan untuk mendapatkan barangan pada harga lebih rendah seperti Royal Bird’s Nest, CNY 100 Plus, Coca-Cola, Signature Market Lucky Blessings CNY Gift Box dan banyak lagi. Apa tunggu lagi? Nantikan penuh sabar pada 2 Februari nanti ya!

shopee CNY

2. Kotak Bertuah Shopee

Permainan berbentuk hiburan dengan ganjaran berupa wang tunai bernilai RM0.88, RM8.88, RM88.88, RM888 dan hadiah utama sebanyak RM8,888 kepada penonton bertuah.

Jangan lupa dapatkan kod unik daripada aplikasi Kotak Bertuah Shopee di laman utama Shopee untuk menyertai permainan tersebut sebelum menonton Shopee Live pada jam 10 malam. Sesi tambahan pula akan diadakan pada 2 Februari pada jam 1 tengah hari nanti.

shopee CNY3. YES Kasi Up, Belanja & Menang!

Mungkin ini peluang keemasan buat pengguna jalur lebar untuk memenangi Yes Altitude 3 atau Samsung S20 dengan data Yes 10GB percuma. Ya! Sempena kerjasama Shopee dan YTL Communications, banyak manfaat ditawarkan kepada semua dengan hanya perbelanjaan minimum RM28 bermula daripada sekarang hingga 12 Februari nanti.

Anda boleh menuntut tiket emas untuk berpeluang memenangi hadiah ditawarkan. Jangan lupa saksikan Shopee Live pada jam 8 malam setiap hari jika anda antara penonton bertuah tersebut.

4. Hadiah Shopee

Selain shopping, mereka yang juga kaki game juga boleh dapatkan ganjaran menarik dengan bermain permainan online untuk mengumpul sebahagian Syiling Shopee berjumlah 18,888,888 untuk penjimatan berganda. Banyak pilihan game yang ada seperti Shopee Farm, Shopee Bubble, Shopee Candy, Spin & Win dan banyak lagi tau.

shopee CNY

5. Ho Chiak

Apa itu Ho Chiak? Nah! Pilihan baucar menarik untuk menikmati sajian menyelerakan di rumah. Pilihlah mana-mana baucar-baucar makanan yang anda boleh dapatkan di Shopee untuk dinikmati bersama keluarga seperti:

i) Coca-Cola membawakan So Huat Deals bermula daripada RM1.88 di Kenny Rogers, Marrybrown, Dunkin Donuts, Old Town, Texas Chicken dan banyak lagi.

Iklan

ii) Fortune Treasure Pot oleh Din Tai Fung, Smoked Salmon Yu Sang, Fortune Reunion Bundle Deals dan Baucar Hadiah RM50. Bayar dengan kad kredit HSBC untuk mendapatkan potongan harga hingga RM118 untuk produk terpilih.

shopee CNY

iii) Baucar Nando’s Chicken Platter for 4 dan jimat RM32.50 bagi pesanan dibawa pulang yang seterusnya.

iv) Baucar minuman eksklusif Tahun Baru Cina The Coffee Bean & Tea Leaf x Shopee – Cafe Jaffa Orange Chocolate dan Jaffa Orange Chocolate Cold Brew Latte yang berharga RM13.80 sahaja bermula daripada sekarang hingga 13 Februari. Jangan lepaskan peluang untuk tawaran harga RM8.80 sahaja pada 30 Januari dan 1, 2 serta 8 Februari nanti. Rugi kalau terlepas!

v) Sundae eksklusif CNY FamilyMart diberi apabila anda membeli baucar di Shopee pada hanya RM2.28 pada 2 dan 8 Februari (RM3.88 di FamilyMart). Penebusan bermula dari 3 Februari di mana-mana cawangan FamilyMart, sementara stok masih ada ya kawan-kawan.

Itu sahajakah tawaran sempena Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina? Eh, ada lagilah bagi mereka yang masih mencari-cari barangan elektronik baharu untuk koleksi dapur.

Iklan

Pada 2 Februari nanti bermula jam 12 tengah malam, jangan lepaskan peluang mendapatkan Apple iPhone 12 pada harga RM3,781, Nintendo Switch Neon/Grey V2 Console pada RM1,289 dan Tefal Easy Fry Precision Digital 4.2L EY40 pada RM499 sahaja.

shopee CNY

Ada lagi! Tawaran diskaun hingga 80 peratus untuk barangan L’Oreal, P&G, Enfagrow, Pediasure, Friso, Her Jewellery, Unilever, Photobook, Dr Cardin, Somebymi, Vinda, Skechers, Nestle, Philips, Realme, Nam Heong, Black Whale dan banyak lagi.

Schwarzkopf Professional juga tidak ketinggalan menawarkan potongan harga hingga 50 peratus untuk rawatan dan potongan rambut bermula 13 Februari ini manakala tempoh penebusan bermula 1 Mac hingga 31 Ogos nanti.

shopee CNY

Jangan lupa tambah nilai ShopeePay supaya pembayaran lebih lancar pada 2 Februari nanti. Bukan itu sahaja, anda berpeluang memenangi hingga 22,222 Syiling Shopee dalam Cabutan Bertuah 2.2 ShopeePay bagi setiap tambah nilai minimum RM50 dalam dompet ShopeePay ya.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari https://shopee.com.my/m/chinese-new-year-sale sempena Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina!