SEMPENA minggu gaji, Lazada tidak ketinggalan merancakkan kempen jualan Payday Special yang berlangsung bermula 25 Oktober hingga 5 November ini.

Pelbagai item menarik ditawarkan kepada kaki shopping dengan potongan harga hingga 60 peratus.

Tidak lupa, Lazmall Brand Mega Offer juga menawarkan harga berbaloi-baloi.

Antaranya seperti perkakas elektrik, permainan kanak-kanak, fesyen, keperluan dapur, produk kecantikan dan kesihatan.

Payday Special Lazada

Paling penting, kumpul dan tebus baucar tunai dan diskaun terlebih dahulu sebelum memulakan pembelian kerana lebih menjimatkan.

Hanya berbelanja minimum RM15, anda sudah berjaya mengumpul 100 syiling untuk melayakkan diri menyertai cybercoin cashback yang bakal berakhir pada hari ini.

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ya!

Payday Special Lazada

Jika mahu disebut satu persatu, memang banyak kempen menarik menanti kaki shopping antaranya chup dulu! dan crazy flash sale yang berlangsung pada jam tertentu.

Apa kata, dapatkan baucar harian dengan potongan harga 50 peratus termasuk ekstra 25 peratus.

Lagi best, tawaran harga hanya RM25 setiap item selepas penjimatan 50 peratus. Menarik bukan?

Payday Special Lazada

Bagi mereka yang sedang mencari perkakas dan alatan gim, bolehlah ‘usha’ tawaran yang diberikan sempena Payday Special.

Jangan tidak percaya, terdapat barangan ditawarkan bawah RM25 saja. Antaranya, kelengkapan aktiviti berbasikal, tali pinggang angkat berat dan banyak lagi.

Iklan

Payday Special Lazada

Untuk produk kecantikan, Kerastase yang terkenal dengan set penjagaan rambut dan antipenuaan juga sempat menyelitkan promosi buat penggunanya.

Sebanyak 50 peratus potongan harga untuk item terpilih keluaran Paris itu dan hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum promosi ditutup.

Payday Special Lazada

Iklan

Nampaknya demam K-drama, Squid Game masih dirasai apabila Lazada turut menawarkan baucar tunai dengan nilai RM4.56 dipersembahkan buat peminat.

Bukan setakat anak patung dan topeng watak pasukan bertopeng yang diketuai Frontman pada harga masing-masing RM25 dan RM9.90, malah perkakas untuk membuat kepingan gula dalgona turut dijual.

Payday Special Lazada

Buat mereka yang ingin menghayati watak ketika bermain permainan ppopgi yang mana peserta perlu mengukir objek yang ditekap tanpa merosakkannya, bolehlah mencuba.

Wow! Menarik bukan? Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana pelbagai promosi hebat sedang berjalan sempena 11.11 Biggest One-Day Sale tidak lama lagi.