PROMOSI hebat sempena 6.6 Awesome Sale Shopee pasti ditunggu-tunggukan? Apatah lagi, banyak produk mewah dijual pada harga lebih rendah daripada biasa.

Tidak percaya? Perkakas elektrik jenama Dyson yang canggih itu ada penjimatan hingga RM1,200 ya. Bukan sikit-sikit diskaun tau.

Dengan waranti hingga lima tahun, produk cukup sofistikated yang memang menjadi idaman para wanita itu ada ansuran mudah tanpa faedah.

6.6 Awesome Sale Shopee

Bagi mereka tiada bajet untuk membeli penyedut habuk, pembersih udara atau set penjagaan rambut, bolehlah sertai pakej pembayaran mudah yang ditawarkan.

Untuk promosi hari ini, Dyson V8 Fluffy+ ada penjimatan hingga 32 peratus ya. Jangan ketinggalan untuk cuci mata di Shopee sebab banyak pilihan menarik menanti.

6.6 Awesome Sale Shopee

Jangan lupa untuk mengikuti acara kemuncak 6.6 Awesome Show pada jam 9 malam ini yang akan dikendalikan Izzue Islam dan Riena Diana.

Nantikan juga kemunculan penyanyi terkenal seperti Kaka Azraff, Haqiem Rosli dan kumpulan Nona sambil-sambil menantikan slot Awesome Deal dan ganjaran istimewa.

6.6 Awesome Sale Shopee

Antara ganjaran yang ditawarkan seperi air fryer jenama Russell Taylors, bluetooth earbud jenama Sony, peti ais jenama Hisense dan banyak lagi.

Wow! Memang best. Ada juga baucar lumayan menanti kaki shopping pada jam 9.15 malam dan 9.45 malam ini.

Tidak ketinggalan, potongan harga hingga 95 peratus untuk jenama kegemaran ramai seperti P&G, Pandora, Dibea Malaysia, Poco, RB Home dan Shopee Mart.

6.6 Awesome Sale ShopeePergh! Memang lain macam jualan gila-gila Shopee kali ini. Cepat-cepat penuhkan troli anda sebelum promosi berakhir.

Bukan setakat Shopee, jualan eksklusif online Watsons pun ada sesuatu menarik untuk diintai kaki shopping bermula 1 Jun hingga 10 Jun ini.

6.6 Awesome Sale Shopee

Ya! Item serendah RM1 seperti Fruity Lip Balm Set, tapi sayangnya sudah kehabisan stok.

Eh! Jangan bimbang. Ada banyak lagi item bawah RM5 untuk direbut seperti pencuci muka, hand sanitiser dengan perisa buah-buahan, vitamin C dan banyak lagi.

Iklan

Potongan harga hingga 50 peratus untuk set kecantikan. Bagi mereka yang mementingkan penjagaan wajah, dapatkan produk idaman di farmasi itu pada harga cukup mengujakan.

6.6 Awesome Sale Shopee

Antara jenama produk kecantikan popular yang menawarkan potongan harga bermula RM8 hingga RM10 antaranya jenama Watsons sendiri selain Biore, Bio Essence dan Good Virtues Co.

Jika mahu ditulis satu-satu jenama, memang banyak. Maklumlah Watsons terkenal sebagai gedung kecantikan pada harga cukup mampu milik.

Nak lagi murah? Jadilah ahli supaya berpeluang untuk mendapatkan lebih banyak manfaat termasuk potongan harga istimewa.

Iklan

6.6 Awesome Sale Shopee

Untuk pembelian jenama Watsons pula, kualitinya pun boleh tahan dengan harga memang berbaloi. Lagi best, ketika jualan harga ahli, memang akan membuatkan anda rambang mata dibuatnya.

Daripada set mandian, penjagaan rambut dan kulit, produk organik dan suplemen tambahan, jika dibandingkan dengan produk lain, harganya lebih menguntungkan.

6.6 Awesome Sale Shopee

Jadi, apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk para wanita membeli-belah produk penjagaan diri dari hujung rambut ke hujung kaki.

Produk untuk kaum lelaki pun ada juga tau! Apa yang pasti, semuanya ada di Watsons. Untuk mendapatkan harga lebih berbaloi, rebut jualan online sepanjang promosi berlangsung.