Risiko set pinggan mangkuk ayan yang perlu ambil tahu, boleh rosakkan hati dan punca kanser tau

July 11, 2020
Arziana Mohmad Azaman

VIRAL dalam media sosial mengenai set pinggan mangkuk ayan atau dikenali sebagai enamelware yang terkenal dengan warna yang cantik sekali gus menjadi pujaan ramai.

Barangkali trend vintage kembali menjadi tumpuan warganet lebih-lebih lagi dengan rekaan sofistikated sampaikan orang kata set pinggan mangkuk itu boleh dijadikan harta warisan keluarga.

Set pinggan mangkuk ayan ini menjadi kegilaan ramai khususnya di luar negara sehingga ada yang sanggup lelong set lama dengan harga tidak munasabah.

Namun, ada risiko ya yang korang perlu tahu sebab set ini diperbuat daripada keluli, besi atau aluminium dan disalut dengan porselin pada tahap suhu tertentu.

enamelware

Perkongsian Public Health Malaysia melalui akaun facebooknya menerangkan risiko penggunaan produk yang tidak diketahui kilangnya kecuali jenama yang sudah sah-sah menjaga kualiti dek harganya boleh beli satu peti ais.

Faktor keselamatan mungkin TIDAK terjamin jika produk ayan dari pengeluar yang tidak diketahui. Selain itu, penggunaan pinggan ayan antik juga tidak digalakkan kerana regulasi sebelum ini tidak ketat.

Pinggan mangkuk ayan yang telah rosak seperti retak, kemek, bercalar dan berkarat juga perlu dielakkan penggunaannya.”

Jadi, kalau ada yang rosak atau berkarat, baik buang atau jadi bekas pasu tanaman saja. Sebab apa? Risiko pencemaran logam berat seperti plumbum, kadmium dan uranium boleh jejaskan kesihatan terutamanya kanak-kanak tau.

enamelware

Bahan bahan ini biasanya digunakan untuk memberi warna menarik pada pinggan mangkuk ayan.

Kesan terdedah kepada bahan ini menyebabkan risiko masalah perkembangan otak kepada anak anak.

Untuk jangka masa panjang akan akibatkan kerosakan organ lain seperti buah pinggang, hati, tulang dan kanser.

Sekiranya anda ingin menggunakan produk ayan antik, gunakan sebagai hiasan, tempat letak bunga hiasan ataupun pelapik pinggan lain.”

Artikel berkaitan: Boleh pakai set pinggan mangkuk viral ni, tapi ini syaratnya nak elak bahaya pada kesihatan

Jika anda baru berjinak jinak dengan produk ini, utamakan keselamatan dengan memilih produk yang telah disahkan selamat.

Bagi pengeluar produk seramik yang tidak mempunyai pengesahan kualiti produk, sila melakukan permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan dari KKM (Bahagian Keselamatan Makanan) untuk mengesahkan bahawa produk anda bebas pencemaran logam berat.”

Dulu teringat pakai tepen ayan isi lauk raya bila musim munjung. Tepen tingkat-tingkat tu memang klasik. Masih ada lagi ke tepen ayan kat rumah korang?

 

 

Gratitude yummi.club

About Arziana Mohmad Azaman

Biodata Penulis