Sedekah al-Fatihah buat diri sendiri setiap pagi, nikmati rasanya

Tilik al-Quran
July 16, 2021
Oleh Faezah Muda

LAZIMNYA kita membaca surah al-Fatihah ketika mendirikan solat ataupun menghadiakan kepada mereka yang meninggal dunia.

Pun begitu, pernah tak korang terfikir untuk sedekah surah pembuka rezeki itu kepada diri sendiri?

Jika belum pernah, maka lakukan bermula hari ini kerana al-Fatihah merupakan makanan yang baik untuk roh selain bacaan zikir.

Cara mengamalkan:
Setiap pagi selepas bangun tidur
1. Beri salam pada diri sendiri dahulu.
2. Lalu panggil nama penuh kita dengan lembut sebanyak tiga kali.
3. Kemudian sentuh dada kiri (jantung) sambil mengucapkan 'Alhamdulillah'
Katakanlah: "Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriku sendiri, lahir dan batinku, Ya ALLAH jagalah hamba-Mu ini, lindungi hamba-Mu, jadikanlah hamba penjemput rezeki ALLAH yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya. Aamin Ya ALLAH."

Iklan

4. Lalu baca surah Al-Fatihah sekali.

Amalkan bermula hari ini kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah kita menghadiahkan al-Fatihah buat diri sendiri dan nikmati rasanya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)

al-fatihah

Antara kelebihan membaca surah al-Fatihah:
1. Diampuni dosa.
2. Diterima kebaikan.
3. Dibebaskan lidah pembacanya dari api neraka.
4. Terlepas dari azab kubur, azab neraka dan azab hari kiamat.

Iklan

5. Berjumpa dengan ALLAH sebelum para ambiya dan para aulia.
6. Mendapat darjat yang tinggi dalam syurga.
7. Orang yang membaca al-Fatihah umpama menyedekahkan emas di jalan ALLAH.
8. Setiap satu ayat al-Fatihah menjadi penutup satu pintu neraka.
9. Rumah yang dibacakan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas tidak akan ditimpa kefakiran dan banyak kebaikan.

Baca juga Hanya 15 saat! varian Delta ‘menyerang’ melalui udara. Berikut 7 fakta perlu ambil tahu…

10. Membaca surah al-fatihah, ayat kursi, dan dua ayat dari Ali Imran setiap selesai solat akan dibalas dengan syurga serta dipandang ALLAH.

11. 70 kali dibaca setiap hari, ditunaikan hajat, dimenangi dari musuh dan pendengki.

12. Membaca al-Fatihah dan surah al-Ikhlas sebelum tidur akan mendapat keselamatan dari apa-apa kecuali maut.

Semoga bermanfaat dunia akhirat.

Sumber: Telegram Ebit Lew