RAYA dah nak dekat ni, sudah shopping kelengkapan Aidilfitri? Walaupun masih dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), tak salah kalau bergaya vass di pagi Syawal.

Baju raya tidak lengkap jika tiada kasut raya, bukan? Nah, ada koleksi selipar yang agak rare rekaannya.

Jika sekali pandang, memang sesuai dipakai untuk mereka yang kaki makan, food hunter atau yang sukakan kelainan di pagi raya.

Bukan sahaja untuk mood Aidilfitri, selipar comel itu boleh digunakan sebagai outfit of the day (OOTD) harian juga.

selipar raya

Koleksi selipar yang viral dalam media sosial dengan reka bentuk ilham buah-buahn tempatan dan makanan itu amat mencuit hati dan boleh hilangkan stress warganet sekelip mata.

Perkongsian pemilik akaun bernama Asfeeya Tohwee yang ditulis dalam bahasa Thailand itu mula tular sejak 14 Mei lalu dan mendapat pelbagai reaksi lucu netizen.

selipar raya

Paling tak disangka, ada pula yang PM untuk membeli koleksi selipar dengan bentuk buah durian, pisang, ikan, set lauk sayur dan ikan.

Ada komen yang berminat untuk beli siap bertanyakan berapa harganya.

selipar raya

Memang lucu dan menghiburkan hati. Meskipun hantaran dalam bahasa Thailand, namun warganet tempatan tidak melepaskan peluang berkongsi post dengan rakan lain.

Ada bran untuk mencubanya?