SAAT yang dinanti-nantikan buat mereka yang sudah bergaji, Sep25 PayDay Sale kali ini memilih beberapa item istimewa yang akan dijual pada harga yang jauh lebih murah daripada pasaran.

Tidak percaya? Hanya untuk tempoh dua jam sahaja bermula jam 12 tengah malam hingga 2 pagi pada malam ini, barangan-barangan yang sudah disenaraikan akan ditawarkan hanya bermula RM25.

Bagi kaki shopping yang sudah ‘chup’ dulu barangan idaman di dalam troli online masing-masing dan membayar pada tempoh dua jam diberikan, memang berbaloi-baloi.

Sep25 PayDay Sale

Sebagai contoh, Oppo Reno4 Smartphone yang dijual pada harga RM1,499 ditawarkan pada harga RM25 sahaja ya!

Bayangkan potongan harga sebanyak 98 peratus diberikan kepada peminat jenama telefon pintar tersebut.

Bagi mereka yang sudah chup awal-awal, memang bertuahlah sebab dapat harga yang murah.

Sayangnya, sudah sold out bagi mereka yang baru berhasrat untuk membeli.

Sep25 PayDay Sale

Begitu juga dengan Armaggeddon Shuttle II Premium PU Leather Ultimate Gaming Chair Cold-Cure Moulded Foam yang berharga RM999 dijual pada harga RM25 saja.

Pada mulanya, diskaun sebanyak 40 peratus diberikan menjadikan harga lebih rendah RM599, namun sempena Sep25 PayDay Sale, nilainya menjadi RM25 saja!

Barangkali satu pilihan yang menjadi rebutan, membuatkan ramai tidak melepaskan peluang untuk membeli.

Padanlah stok cepat habis. Bagi kaki game yang tidak dapat membeli, jangan bersedihnya.

Sep25 PayDay Sale

Untuk mereka yang sedang mencari barangan elektrik dan gajet, KAXOE Portable Universal Wired Music Headset Stereo Gaming Earphone with Micphone ditawarkan pada harga serendah RM1.84.

Murahkan? Selain itu, terdapat juga Stylus Pen pelbagai guna untuk tablet atau telefon pintar yang ditawarkan hanya 50 sen. Sesuai untuk anak kecil yang sedang belajar menulis.

Iklan

Sep25 PayDay Sale

Bagi para ibu yang mencari stok seperti susu, kekacang, santan atau horlick, jangan ketinggalan untuk mendapatkan barangan tersebut pada harga lebih murah.

Diskaun bermula 13 hingga 46 peratus diberikan untuk setiap pembelian, sekali gus lagi menjimatkan.

Sep25 PayDay Sale

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Ada banyak lagi tawaran hebat untuk kaki shopping sempena Sep25 PayDay Sale, sama ada aksesori, pakaian, perkakas elektrik selain pilihan baucar yang cukup menarik.

Pilih saja baucar yang berkenaan untuk ditebus dan membuat pembayaran pada 25 September nanti.

Sep25 PayDay Sale

Memang rambang mata dibuatnya kerana baucar tunai dan potongan harga 95 peratus diberikan kepada pengguna aplikasi Shopee.

Jadi apa tunggu lagi? Masih ada beberapa jam lagi untuk memilih item idaman sebelum peluang keemasan ditutup.