KECOH dalam media sosial yang kononnya ada banyak obor-obor ‘menyerang’ di perairan Melaka sehingga mencemaskan ramai pihak.

Sebaran gambar dan video mengenai larangan bermandi-manda beberapa kawasan tumpuan seperti Pantai Klebang, Alai dan Tanjung Bidara.

Pantai Puteri dan Pengkalan Balak pun tak terkecuali menjadi viral gara-gara obor-obor ini.

Aduh macam mana ni? Pastinya, bagi mereka yang sudah plan nak habiskan masa hujung minggu di pantai jadi serba tak kena sebab kalau kena sengat ni, bukan kaleng-kaleng sakitnya.

Tapi, sebenarnya, apa yang disebarkan mengenai lambakan obor-obor di perairan tersebut adalah tidak benar.

obor-obor

Ini 5 fakta penting yang perlu anda tahu:

Iklan
  1. ADUN Pantai Kundor, Datuk Noor Azman Hassan menafikan dakwaan Pantai Puteri diserang obor-obor.
  2. Hanya ampai-ampai yang muncul di perairan tersebut tetapi dikatakan tidak membahayakan pengunjung.
  3. Ampai-ampai dikesan di tepi pantai pada musim angin selatan yang bertiup dari Jun hingga September setiap tahun kerana memburu geragau.
  4. Jabatan Perikanan Melaka (JPM) juga mengesahkan ratusan obor-obor yang menyerang Pantai Puteri, Tanjung Kling adalah palsu.
  5. Siasatan JPM di pantai Kampung Pengkalan Perigi, Pantai Jaring dan Rombang sepanjang lima kilometer tidak menemukan obor-obor.

Jadi, korang jangan risau ya? Jaga jarak sosial ketika beriadah di pantai dan jangan lupa wabak Covid-19 masih belum ada penawarnya lagi.

Orang kata, kalau terkena ampai-ampai pun sakit juga. Seperti perkongsian Facebook Klinik Dr. Zain juga memberikan nasihat dan panduan kepada orang ramai jika terkena obor-obor atau ampai-ampai. Hati-hati ya!

Iklan

obor-obor