HARI ini sudah lapan hari kita berpuasa. Sekejap sahaja masa berlalu, bukan?

Ketika berpuasa, rasanya cabaran paling berat yang kita alami mestilah rasa mengantuk.

Ada yang mengantuk ketika memandu dalam keadaan trafik yang sesak. Tidak kurang juga ketika berada di tempat kerja terutama yang berhawa dingin.

Merujuk Medical News Today, kadar gula darah akan menurun apabila seseorang berpuasa terutama pada jam-jam tertentu pada waktu siang hari.

“Apabila masalah itu berlaku (gula dalam darah turun), seseorang biasanya akan mudah rasa gementar, takut dan sukar untuk memberi perhatian terhadap sesuatu termasuk mudah rasa mengantuk,” kata laman web perubatan itu.

Jika pada hari-hari biasa, untuk atasi masalah tersebut, kita boleh mengambil inisiatif dengan menikmati secangkir kopi atau makan jajan dan sebagainya. Namun, pada bulan puasa apakah kaedah terbaik untuk kita lakukan?

Berikut adalah syor Medical News Today yang sama-sama boleh kita lakukan:

tidur

1. Mengatur waktu tidur.

  • Biasanya terdapat perubahan dalam pola tidur pada bulan Ramadan iaitu kita harus bangun untuk sahur dan solat Subuh.
  • Justeru, pada bulan Ramadan, hindari tidur terlalu lewat. Kita juga digalakkan tidur lebih cepat atau tidur lepas solat tarawih.

mandi

2. Mandi air sejuk.

-Mandi dengan air dingin dapat membuat tubuh segar secara automatik.
-Suhu air yang dingin dapat melancarkan sirkulasi darah dan memberi energi pada tubuh, terutama jika kita mempunyai masalah untuk bangun awal.
-Air sejuk juga dikatakan dapat mencerahkan kulit dan mengatasi masalah radang serta baik untuk atasi bengkak pada wajah.

wash

3. Berwuduk.

  • Berwuduk juga dapat atasi mengantuk dengan cepat.
  • Jika kondisi badan kita tidak memungkinkan untuk mandi, cubalah berwuduk dengan air yang dingin.
  • Mengusap air pada wajah melalui wuduk memberi signal kepada perubahan suhu pada tubuh untuk lebih terjaga sehingga kita dapat memberi konsentrasi terhadap pekerjaan yang sedang kita lakukan.
  • Selain itu, membasuh air pada bahagian seperti lengan dan kaki dapat meningkatkan sirkulasi darah sehingga mampu ‘mengirimkan’ oksigen dan nutrisi ke seluruh sel-sel tubuh.

 

4. Lakukan aktiviti regangan.

Iklan
  • Lakukan aktiviti regangan dan berjalan-jalan sebentar untuk mengusir masalah mengantuk.
  • Mereka yang mudah mengantuk biasanya jika kurang bergerak atau hanya duduk diam pada waktu yang lama.

office

5. Bersembang seketika.

  • Bersembang atau berbual dengan rakan sebelah meja juga antara cara hilangkan masalah mengantuk.
  • Berbuallah dengan topik menarik seperti masakan yang akan dimasak pada waktu berbuka atau tentang perkara yang suka dilakukan.
  • Namun, ingat ya, jangan pula mengumpat atau mengata hal-hal yang tidak patut! Hilang pahala puasa kita 🙂

window

6. Nyalakan lampu terang.

  • Membuka semua jendela agar cahaya masuk ke rumah akan meningkatkan kewaspadaan kita dan terhindar daripada rasa ngantuk.
  • Cahaya terang juga akan memberi respons kepada tubuh kita akan lebih sedar dan waspada, kata Sleep Advisor.

tidur

Iklan

7. Tidur pada waktu siang.

  • Tidurlah dalam tempoh 15 hingga 20 minit untuk menyegarkan kembali fikiran dan tubuh.
  • Namun, ingat jangan berlebihan, ya! Cukup hanya 20 minit setelah solat Zuhur agar dapat mengembalikan semangat, fikiran yang lebih segar dan lebih produktif dalam menjalani aktiviti ketika berpuasa.

Dalam pada itu, pakar olahraga antarabangsa, Dr Michael Trianglo turut senada dengan fakta yang disarankan oleh Medical News Today.

Katanya, biarpun berpuasa, individu itu tetap dapat menyempurnakan ibadah rukun Islam ketiga itu.

Bagaimanapun, senaman berat tidak digalakkan dalam keadaan berpuasa.

Cukuplah dengan melakukan senaman ringan kerana ia sudah dapat meningkatkan kesihatan tubuh.

“Senaman ringan aerobik seperti berjalan atau berlari dapat meningkatkan metabolisme badan agar tidak mengantuk dan tetap bertenaga.

“Justeru, saya sarankan kepada umat Islam yang berpuasa, lakukan aktiviti seperti berjalan kaki dan mengayuh basikal baik pada waktu pagi selepas bersahur,” katanya.