SEMPENA sambutan Bulan Jantung Sedunia, Nestle Omega Plus bakal menganjurkan walkaton secara maya, Walk A Million Miles (WAMM) 2021.

Peneraju kesihatan jantung terkemuka itu turut mengajak semua rakyat Malaysia untuk bersama mencapai misi melangkah 1 juta batu selama tempoh sebulan bermula 29 Ogos lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, walkaton maya Walk A Million Miles pertama yang diadakan pada tahun lalu menerima sambutan cukup memberangsangkan apabila mencapai 1.1 juta batu.

nestle omega plus

“Justeru, pada tahun ini, kami berazam meneruskan momentum itu. Kali ini, kami menyasarkan 30,000 peserta sekali gus dapat membantu menjaga kesihatan jantung,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Susu Nestle (Malaysia), Lam Pui Yuee berkata, pihaknya pada masa sama mahu mendorong rakyat Malaysia untuk memilih makanan yang sihat untuk jantung bagi menguruskan paras kolesterol termasuk mengambil dua hidangan Nestle Omega Plus setiap hari.

nestle omega plus

Berkongsi visi yang sama untuk mewujudkan negara yang mempunyai jantung yang sihat, Nestle Omega Plus juga sudah menjalin kerjasama bersama Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) selama 21 tahun lalu.

Jenama terkemuka antara lain akan menyalurkan dana sebanyak RM100,000 kepada YJM dan IJNF bagi membantu pesakit jantung yang memerlukan selepas berjaya mencapai 1 juta batu secara kolektif sempena penganjuran itu nanti.

nestle omega plus

Iklan

Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana caranya untuk menyertai WAMM 2021 tersebut, bukan?

Kaedahnya mudah sahaja, hanya mendaftar melalui aplikasi mudah alih BookDoc dengan token pendaftaran RM10 untuk setiap penyertaan.

Peserta yang berjaya mencapai 150,000 dan 300,000 langkah dalam tempoh kempen berlangsung akan memenangi jersi serta produk eksklusif daripada Nestle Omega Plus.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

nestle omega plus

Selain itu, apa yang lebih mengujakan, anda berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan dan cabutan bertuah. Menarikkan?

Untuk maklumat lanjut mengenai WAMM 2021 dan Nestle Omega Plus, boleh layari www.nestle.com.my atau halaman Facebook http://www.facebook.com/Nestle.Malaysia