BARANG kemas dengan wanita memang tidak boleh dipisahkan.

Ada sesetengah kaum Hawa sanggup berhabis wang demi mahu membeli emas yang diidamkan. Kalau tidak keterlaluan untuk disebut, ada yang sampai bergolok gadai.

Kadang-kadang si suami juga menjadi ‘mangsa’ kepada keinginan isteri masing-masing. Adakalanya sampai bergaduh dibuatnya. Bukan saja-saja cakap sebab kejadian-kejadian seumpama itu memang pernah terjadi.

Meskipun emas atau diberi jolokan dengan nama pulut dakap atau biskut tawar yang mana harganya kini semakin meningkat iaitu kira-kira RM250 per gram, itu bukan jadi halangan kepada para peminatnya. Ada yang kata, harga makin tinggi, makin bagus.

emas viral

Itu sebab tauke emas di mana-mana sahaja sanggup membuat promosi besar-besaran kepada para pelanggan. Trend terbaharu, membuat sesi live menerusi Instagram atau Facebook.

Dalam sehari, memang tidak sah kalau tiada promosi atau ‘live’ dari kedai emas popular. Daripada tidak mahu membeli, kadangkala tergoda juga dibuatnya!

Namun, SinarPlus ingatkan, anda semua kena hati-hati ya. Jangan sampai tertipu dengan sindiket yang menyamar sebagai tauke kedai emas menjual barangan emas palsu.

Taktik terkini lebih dahsyat lagi apabila ahli sindiket menyamar sebagai pengendali akaun Facebook kedai emas.

Hal itu terjadi kepada Poh Kong. Melihat situasi ‘menakutkan’ itu, Poh Kong lantas menggesa orang ramai agar berwaspada dengan perangkap laman web tiruan melalui media sosial.

emas viral

Poh Kong dalam satu kenyataan memberitahu SinarPlus, baru-baru ini, wujud laman Facebook palsu yang menggunakan nama Pohkong Jewellers dan telah menyalahgunakan logo rangkaian perniagaan barangan kemas yang terbesar itu sebagai gambar profil mereka tanpa kebenaran.

Laman Facebook palsu itu juga telah dikenal pasti melakukan jenayah penipuan.

“Poh Kong menggesa pembeli supaya tidak membuat pembayaran atau transaksi melalui laman palsu tersebut dan laporan polis telah dibuat untuk meneruskan tindakan undang-undang.

Iklan

Artikal berkaitan: Barang kemas nilai RM20k, tapi luaran sahaja emas, dalamnya besi! Jangan sampai tertipu…

“Kami juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian akibat penipuan, penggodaman, atau komplot yang berkenaan,” tegasnya.

emas viral

Jadi, apa lagi? Pastikan nama laman Facebook atau akaun media sosial mana-mana kedai emas pilihan anda diperiksa betul-betul dulu ya!

Iklan

Jangan sampai tertipu dan hilang duit simpanan sekelip mata.

Tak dapat rantai atau gelang emas yang diimpikan tetapi sakit hati pula kena tipu orang tidak bertanggungjawab. Jangan sampai jadi mangsa tau!