KREATIVITI rakyat Malaysia memang tidak boleh disangkal lagi. Idea bernas bagaikan membuak-buak lebih-lebih lagi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ada sahaja idea mereka sama ada mahu ‘prank’ isu tertentu atau dijadikan bahan bualan dalam media sosial termasuk soalan peperiksaan subjek Sejarah untuk tahun 2080.

Tidak keterlaluan dikatakan, warganet ini agak advance lebih-lebih lagi berkaitan isu tertentu seperti wabak covid-19 yang sedang melanda negara ketika ini.

soalan PKP

Perkongsian @ayie_iman dalam akaun twitter ternyata menarik perhatian ramai, malah ada yang sudi membuat soalan tambahan untuk menjadikan post tersebut tular dalam media sosial.

Soalan Sejarah tahun 2080:

Huraikan prosedur operasi standard bagi setiap satu arahan pergerakan di bawah. (20m)

  1. PKP
  2. PKPD
  3. PKPB
  4. PKPP

Hantaran tersebut menerima 25,800 tanda suka dan 26,500 retweet sehingga ramai yang berkongsikan soalan berkaitan pelaksanaan PKP mengikut situasi berbeza.

Bijak sungguh mereka! @ayie_iman dalam satu ruang komen juga tidak menyangka tweet itu meletup dalam tempoh sehari sahaja.

soalan PKP

“Aku tak expect dia blow jadi macam ni. Hahahaha. Aku xda benda nak promote pun. Insta ada kat description, business aku pun aku dh slow sikit sebab fokus kerja jap.

“So sesapa yang ada business tu, tepeklah kat bawah ek. Sementara orang tengah rt lagi ni,” tulisnya.

Apa yang melucukan, pelbagai soalan berkisarkan PKP sama ada dalam bahasa Melayu mahupun Inggeris ternyata mencuit hati.

Berikut antara soalan peperiksaan yang dikongsikan dalam twitter berkenaan.

Iklan

soalan PKP

soalan PKP

soalan PKP

soalan PKP

Iklan

soalan PKP

Jadi, soalan peperiksaan subjek Sejarah sudah bocor. Bolehlah calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) standby kalau-kalau keluar soalan sama tahun depan.

Sudah boleh ulang kaji subjek Sejarah bermula dari sekarang kalau nak score A!