HANYA dengan satu hantaran bertajuk kueh mueh, tweet pemilik akaun @nuhanazriii ternyata mencuit hati warganet.

Jika sebelum ini ada yang share selipar raya ilham buah-buahan tempatan dan makanan, kali ini posting lebih kepada solekan raya.

Apa yang menarik, bukan calang-calang solekan ditampilkan gadis cantik ini. Tiga jenis kuih raya dan ketupat menjadi hiasan pada wajahnya.

Seperti mood raya, solekan ketupat juga tidak dilupakan pada pipi dan pembayang mata. Sekali pandang seolah-olah ketupat tergantung pada muka.

kuih raya

Memuji kreativiti gadis itu, solekan kuih lapis, dahlia dan seri muka sangat kemas dan cantik persis air tangan jurusolek profesional.

Dalam perkongsian yang menerima lebih 35,000 tanda suka itu turut menerima lebih 11,000 retweet.

Kredit turut diberikan kepada pemilik akaun twitter @julezsebastian pada posting bertajuk ‘Malaysian girls are as delicious as their local delicacies’.

kuih raya

Gambar solekan pembayang mata kombinasi warna kuih seperti kuih lapis, tepung pelita, sagu gula melaka dan lompang itu turut menghiburkan hati netizen.

Antara komen yang mencuit hati apabila kebanyakan warganet memuji kreativiti dan mahu mencuba dengan solekan seperti kuih bakar sebagai tema raya nanti.

Iklan

Nah! SinarPlus kongsikan gambar solekan yang sememangnya rare untuk menjadi tema di pagi Syawal nanti.

kuih raya

Barangkali solekan unik itu boleh dipadankan dengan juadah Aidilfitri sebagai hiburan diri memandangkan masih terhad untuk berkunjung ke rumah saudara dek tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

 

Iklan