Suami, bekas suami culas bayar nafkah akan disekat akaun bank, 8 fakta yang perlu diketahui

6 cara 'sorok' duit, gaji tak habis sampai hujung bulan
November 24, 2021
Oleh Faezah Muda

NAFKAH merupakan belanja atau sara hidup yang dikeluarkan kepada mereka yang wajib ke atas seseorang sama ada isteri, anak dan orang-orang yang di bawah tanggungannya.

Ia termasuk keperluan tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan, keagamaan dan perubatan.

Sebab-sebab yang mewajibkan nafkah atas seseorang adalah perkahwinan, keturunan dan kanak-kanak yang diterima sebagai ahli keluarga (anak angkat).

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Tiga jenis nafkah yang wajib bagi seorang suami atau bapa ialah nafkah isteri (semasa perkahwinan), nafkah idah serta nafkah anak.

Namun tidak dinafikan, ramai suami dan bekas suami di negara kita hari ini mengabaikan tanggungjawab tersebut.

Justeru, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) akan ke peringkat seterusnya bagi melaksanakan tindakan sekatan akaun bank kepada suami atau bekas suami yang culas memberi nafkah.

Menurut Ketua Pengarah JKSM, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, ini fakta lengkap mengenainya;

Iklan

1. Perbincangan bersama Bank Negara dan institusi bank di negara ini telah dibuat sebelum ini bagi merealisasikan perkara tersebut.

Iklan

2. Ketika ini JKSM sedang mempersiapkan pegawai Bahagian Sokongan Keluarga (BKS) dengan kemahiran yang betul supaya tidak melakukan kesilapan dalam membuat penguatkuasaan dan pelaksanaan berkaitan sekatan akaun tersebut.

duit

3. Langkah sekatan akaun itu dilaksanakan bagi memastikan isteri, bekas isteri serta anak tidak dizalimi oleh suami atau bapa yang culas ini.

4. Pelaksanaan tindakan itu merupakan salah satu prosiding hiwalah iaitu pemindahan hutang daripada Penghutang Penghakiman di bawah Akta atau Enakmen Tatacara Mal sedia ada.

5. Bukan sahaja membantu isteri mendapatkan nafkah, malah membantu suami yang culas untuk melaksanakan tanggungjawabnya supaya ia tidak berterusan melakukan kezaliman dengan tidak membayar nafkah.

6. Sebelum ini, JKSM banyak menggunakan tata cara yang lain contohnya sita jual ataupun saman penghutang kehakiman serta tahan pendapatan termasuklah perintah komital suami yang culas kerana jelas ingkar perintah mahkamah, ada setengah dihantar ke penjara.

7. Ini adalah cara-cara bagaimana perintah mahkamah itu dikuatkuasakan termasuk yang akan dilaksana iaitu sekatan akaun.

8. Sejak tahun 2016 sebanyak 147 kes suami atau bekas suami culas membayar nafkah walaupun sudah mendapat perintah mahkamah.

Hasil pemerhatian di laman sosial, pelaksanakan tindakan sekatan akaun bank terhadap golongan berkenaan diterima baik.

Ujar mereka;

"Terbaik. Semoga bekas-bekas suami yangg culas tu faham akta ini dan perbetulkan jika selama ni culas bagi nafkah anak-anak. Sesungguhnya nafkah ke atas anak-anak yang masih dalam tanggungan itu wajib bagi seorang bapa."

"Nafkah ini untuk anak-anak makan, minum, perubatan, pendidikan serta tempat tinggal (kalau mampu beri). Bukan nafkah untuk bekas isteri. Nafkah ketika masih suami isteri pulak cukup makan, minum, perubatan, tempat tinggal dan pakaian (2 kali setahun). Kalau tak nak bagi duit poket, bagilah apa yang mampu."

Baca juga Awas! Ops Sedar JPJ bermula hari ini pantau insurans kenderaan

"Pada yang memang payah dan buat 'derk' je pasal nafkah ni, kadang-kadang bagi dan tak bagi langsung pun ada. Maka memang patutlah kena."

"Akhirnya nampak usaha nak tegakkkan hak wanita Islam. Harap-haraplah mereka tegas kali ni."

"Untunglah isteri sekarang ada pembelaan. Kalau yaag dulu boleh buka fail semula untuk tuntut nafkah yang terabai kan bagus jugak."

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *