Susah nak pilih vinyl berbaloi untuk raya? Ini tip berguna untuk rumah nampak ‘mahal’ dan elegan

WALAUPUN baru enam hari kita berpuasa, tapi mesti ramai yang sudah plan macam-macam untuk persiapan raya.

Tak kiralah prepare baju baharu atau kuih raya, tapi rumah pun nak nampak lain sempena Aidilfitri nanti, betul tak?

Cara paling mudah untuk rumah bertambah seri adalah tukar lantai baharu.

Jika rumah kalian jenis lantai tile atau simen biasa, apa kata gayakan dengan pilihan vinyl.

Bunyi macam bajet mahal jer. Namun percayalah tip yang dikongsikan pengguna TikTok, MumuMellow boleh buat kalian tersenyum.

vinyl raya

Video pendek berdurasi 51 saat itu membantu kita untuk memilih lantai vinyl jenis murah atau mahal ikut bajet masing-masing.

Paling laku keras, vinyl jenis pelekat (sticker) yang dijual di pasaran pada harga lebih kurang RM3 untuk harga sekeping.

Untuk mereka yang ada bajet lebih, bolehlah pilih vinyl jenis mahal yang berukuran lebih 4 milimeter.

vinyl raya

Ia jenis tebal, selesa dipijak dan saiz lebih panjang.

MumuMellow mencadangkan, pilih vinyl jenis panjang lebih jimat untuk ruang yang diperlukan, malah yang jenis mahal memang nampak real.

Baca juga Tak sangka mop guna pencuci pinggan je, hasilnya lantai & licin berkilat. Debu-debu pasir pun hilang!

Contoh, kalau beli jenis kayu, urat memang natural habis sampaikan orang boleh tertipu dengan vinyl asli.

Lagi satu, gam vinyl jenis mahal kurang melekit tapi untuk dua jenis papan pelekat tersebut, gam memang kuat.

vinyl raya

Iklan

MumuMellow juga berpesan, jika pilih vinyl lebih murah, cara pemasangan kena cermat kerana mudah terbuka atau cepat renggang.

Baca juga Mop lantai guna tiga bahan yang ada di dapur, kilat macam cermin

Jadi, untuk pemilihan vinyl murah atau mahal sebenarnya tak ada masalah, cuma ikut peruntukan poket dan selera masing-masing.

Cuma jika nak nampak lagi ‘mahal’, bolehlah pilih jenis SPC click vinyl floor.

vinyl raya

Iklan

Banyak sebenarnya pilihan vinyl dijual di pasaran, malah nak lagi jimat boleh order borong dekat Lazada atau Shopee atau gedung online lain yang berpatutan.

So, nak raya ini apa persiapan yang kalian nak buat? Boleh kongsikan di ruang komen kami nanti ya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.