GETHA baru-baru ini melancarkan genie by Getha bagi memperluaskan rangkaian produk keperluan bilik tidur buat si comel.

Pelancaran kedai peralatan bayi tersebut sebagai simbolik sambutan 52 tahun Getha dalam industri pembuatan tilam getah 100 peratus asli dalam negara.

Jenama itu dalam satu kenyataan berkata, konsep genie by Getha sebenarnya direka khas untuk menggalakkan tabiat tidur yang sihat dan selesa.

genie by getha

“Getha hanya menggunakan produk premium termasuk sutera tulen dari China dan Jepun yang mana gentian kainnya yang lembut akan membuatkan kulit bayi lebih selesa.

“Bagi si kecil yang mempunyai mempunyai alergi, produk kami juga sangat bersesuaian, selain bantal empuk Geetha yang diperbuat daripada bulu biri-biri baka Texel dari Perancis,” kata jenama itu dalam satu kenyataan.

Baca juga Getha Compass dilengkapi teknologi Biocare, bebas radiasi elektromagnetik, bantu tingkatkan kualiti tidur dan bentuk imun badan lebih kuat

Tidak hanya tertumpu kepada keperluan bilik tidur seperti tilam, katil, selimut dan bantal, genie by Getha juga menyediakan aksesori lain seperti losyen, krim ruam lampin dan banyak lagi.

genie by getha

Iklan

Pendek kata, semuanya ada dalam satu platform sahaja. Kunjungan para ibu juga akan disambut dengan Baby Dino yang menjadi maskot kesukaan ramai.

Anda semua dijemput ke outlet pertama genie by Getha yang dibuka secara rasmi di Mid Valley Megamall Kuala Lumpur sejak 19 November lalu.

genie by getha

Iklan

genie by getha

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://www.getha.com.my/pages/contact-us atau terus berkunjung ke outlet berhampiran.