PENGARAH Urusan MYDIN Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin dipilih sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2023 pada Anugerah Khas Bisnes Sinar Harian (BISA) yang julung kali diadakan malam tadi.

Ameer Ali yang tampil segak dengan sut warna hitam berkata, pengiktirafan berkenaan ditujukan khas buat pengasas legasi MYDIN iaitu Allahyarham bapanya, Mydin Mohamed.

“Anugerah ini merupakan tanggungjawab yang berat untuk saya dan MYDIN pikul bagi memastikan kami dapat mencurah bakti dan berkhidmat kepada masyarakat.

“Terima kasih diucapkan kepada kakitangan kami sama ada yang masih bertugas bersama kami mahupun yang pernah berkhidmat dengan MYDIN sebelum ini.

“Ia (anugerah) bukan sahaja kepada saya, namun untuk anda semua, ‘Keluarga Besar MYDIN’,” ujarnya ketika berucap pada majlis Anugerah BISA di Double Tree by Hilton Shah Alam, Selangor sebentar tadi.

BISA Ameer Mydin

Ameer Ali yang terkenal dengan sikap rendah diri dan sporting itu juga, menitipkan penghargaan buat isteri tersayang, Datin Wira Dr Siti Hawa Mohd dan ahli keluarga yang hadir memeriahkan Anugerah BISA malam tadi.

Ucapan terima kasih juga dizahirkan beliau kepada warga kerja Sinar Harian kerana sudi bekerjasama dengan MYDIN untuk tempoh selama lapan tahun dan semestinya pada masa-masa akan datang.

Baca juga Saya cuci tandas untuk cari duit poket – Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin

BISA Ameer Mydin

Baca juga Mydin Mart Sri Muda dipecah masuk, pengarah urusan halalkan demi kelangsungan hidup

Iklan

Baca juga Anugerah BISA 2023 disifatkan cukup berprestij, Sinar Harian buktikan kemampuan maju ke depan

BISA Ameer Mydin

Kepada usahawan-usahawan baharu, demikian pesanan beliau: “Anugerah ini bukanlah untuk dibangga-banggakan, namun ini adalah pemangkin semangat kita untuk berkerja lebih kuat.

Iklan

“Jika saya BISA, anda pun semestinya BISA menang.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.