SETIAP bulan, Shopee tidak ketinggalan untuk mengadakan jualan besar-besaran dan kali ini, nampaknya kempen 11.11 Shopee Big Sale dilihat lebih ekstravaganza.

Mana tidaknya, bukan setakat harga barangan jauh lebih murah, malah ganjaran luar biasa berupa kondominium dan kereta mewah menjadi pertaruhan.

Ya! Bukan calang-calang hadiah peraduan cabutan bertuah ditawarkan kepada kaki shopping dan bermula jam 12 malam tadi, segalanya bermula.

 11.11 Shopee Big Sale

Apa yang penting, jangan lepaskan slot jualan RM1 untuk Oppo A74 sedangkan harga sebenarnya bernilai RM1,099. Ya! 99 peratus potongan harga diberikan.

Penyedut habuk tanpa wayar jenama Dibea bernilai RM1,850 juga ditawarkan pada harga hanya RM1. Cepat-cepat chup dulu sebelum ketinggalan.

Bagaikan kempen jualan tanpa henti, setiap jam disajikan slot menarik yang membuatkan kaki shopping rambang mata.

Bagi mereka yang terlepas dengan jualan gila-gila tengah malam tadi, jangan bimbang kerana Supermarket Run Hours boleh direbut.

 11.11 Shopee Big Sale

Potongan harga hingga 80 peratus dan baucar harga hingga 20 peratus diberikan kepada produk terpilih antaranya produk kelengkapan dapur dan harian.

Bagi barangan elektrik pula, pembelian minimun RM1 sahaja, anda berpeluang untuk menebus baucar potongan harga bernilai RM20.

Antara jenama popular yang mengambil peluang tersebut seperti Realme, Oppo, Edifier dan banyak lagi.

Buat peminat jenama Oppo, banyak tawaran menarik menanti antara Reno5 yang ditawarkan pada harga hanya RM1,499 berbanding harga asal, RM1899. Jimat RM400!

11.11 Shopee Big Sale

Begitu juga Oppo A54 dijual pada harga RM599 manakala Eco buds dan Oppo Band juga ditawarkan pada harga RM99 saja sedangkan harga sebenar RM159.

Iklan

Buat mereka yang menanti-nanti harga istimewa untuk produk Machines seperti iPhone, MacBook dan ipad, inilah masanya.

Kempen 11.11 Shopee Big Sale menawarkan potongan 50 peratus untuk eksesori terpilih antara kabel USB, Apple Earpods Pro, pensil Apple dan adapter USB.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

 11.11 Shopee Big Sale

Penjimatan sebanyak RM30 untuk setiap pembelian iPhone 11, iPad Air dan MacBook Air.

Iklan

Pakej pembayaran ansuran mudah selama 18 bulan ditawarkan kepada peminat jenama tersebut serendah RM189 sebulan.

Pada masa sama, jangan lepaskan 11.11 Big Show pada jam 9 malam ini bersama hos popular, Nabila Huda, Ag Azmeer, Izzue Islam dan Nadia Annuar.

 11.11 Shopee Big Sale

Jika bernasib baik, malam anda akan diceriakan dengan persembahan artis terkemuka antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Alif Satar & The Locos, Naim Daniel dan Indah Ruhaila.

Nantikan juga pengumuman pemenang untuk membawa pulang hadiah hebat antaranya BMW 218i Gran Coupe M Sport. Mana tahu ada rezeki anda nanti.