JUMLAH kes jangkitan Covid-19 yang semakin mencanak naik bukan saja menggerunkan, bahkan membuatkan ramai lebih peka untuk #stayathome buat sementara waktu.

Lebih-lebih lagi Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dilaksanakan buat masa ini membuatkan rakyat ‘malas’ untuk keluar rumah, selain menyelesaikan urusan kerja ataupun ada kecemasan sahaja.

Jadinya, segala apa yang diinginkan termasuk mendapatkan barang keperluan seperti stok dapur akan dilakukan secara dalam talian.

airasia fresh

Jika anda terbiasa dengan aplikasi lain, apa kata pada kali ini, kita beralih kepada pembelian secara online melalui AirAsia Fresh yang menawarkan produk terbaik untuk seisi rumah.

Lengkap dengan pakej menu masakan popular, AirAsia Fresh seolah-olah mengetahui kehendak pengguna dan paling menarik, mereka memberikan potongan harga hingga 50 peratus.

Mubarak Fresh Pack untuk menu Kambing Maghribi, Asam Pedas Jenahak dan Dalca Sayur memang memudahkan pengguna.

Contohnya, untuk pek Kambing Maghribi, set yang ditawarkan pada harga RM105 itu lengkap dengan resipi dan cara memasak untuk empat atau lima orang. Mudahkan?

airasia fresh

Sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak untuk belajar memasak, pakej yang ditawarkan memang berbaloi kerana penghantaran terus ke rumah.

Bukan saja sayur-sayuran segar dan ayam kampung, mangga Harumanis pun ada juga tau! Harga untuk satu kilogram ditawarkan RM38 saja. Murah dah tu!

airasia fresh

Selain barang basah, produk kering seperti pes Nasi Ayam Claypot, sos Korea Pedas Adabi, DiamondPure Milk with Kiwi dan banyak lagi diberikan diskaun cukup berbaloi.

Masakan tidak, potongan harga lebih 50 peratus diberikan buat pelanggan yang menggunakan servis AirAsia Fresh sehingga stok masih ada.

airasia fresh

Iklan

Jangan tak percaya, harga bawah RM2 pun ada dijual seperti ubi kentang, pek minuman segera kopi dan banyak lagi.

AirAsia Fresh juga sentiasa mengemas kini produk baharu yang dijual di pasar raya online tersebut dan anda hanya perlu memilih kategori barangan yang diperlukan tanpa perlu bersesak di tempat awam.

Buat peminat coklat pula, ada pilihan coklat premium disediakan di bawah jenama Alfredo antaranya Durian Praline Chocolate, Panned Almond Dark Chocolate dan Panned Supermix Chocolate.

airasia fresh

Jadi apa tunggu lagi? Cepat-cepat intai promosi yang ditawarkan sementara stok masih ada.

Iklan

Ada banyak lagi pilihan buat para ibu yang bekerja untuk mempercepatkan urusan memasak di dapur.

airasia fresh

airasia fresh

Al-maklumlah, bekerja dari rumah dengan urusan dapur dan hal-hal mengemas mesti tak cukup tangan dibuatnya.

Apa yang penting, patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan, jaga kebersihan diri dan amalkan penjarakkan sosial ya! #kitajagakita