KEBERSIHAN bilik air seharusnya diambil berat kerana ia menjadi satu daripada penanda aras tahap penjagaan kebersihan penghuninya.

Kegagalan untuk mengekalkan kebersihan bilik air boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan juga boleh menjadi punca bagi pelbagai penyakit.

Oleh itu, di sini Sinar Plus ingin kongsikan beberapa tip untuk kita sama-sama menjaga dan mengekalkan kebersihan bilik air di rumah.

TIP
JANGAN letak berus gigi dekat dengan berus gigi orang lain sebab membuat permukaan bulu berus saling menempel dan meningkatkan risiko perpindahan bakteria.
  1. Simpan berus gigi di tempat yang betul

Berus gigi yang telah digunakan dan masih basah dan terus disimpan dalam bekas tertutup lebih menggalakkan pembiakkan bakteria dan kawasan yang lembab merupakan habitat terbaik pembiakkan bakteria.

Selain itu, jangan letak berus gigi dekat dengan berus gigi orang lain sebab membuat permukaan bulu berus saling menempel dan meningkatkan risiko perpindahan bakteria daripada satu berus gigi ke berus gigi lainnya. Dan pastikan berus gigi dalam keadaan menghadap ke atas.

TIP
KONDISI bilik air yang lembab akan menggalakkan pembiakkan bakteria pada alat solek walaupun disimpan di dalam bekas tertutup.
  1. Jauhkan alat solek dari bilik air

Memang mudah untuk bersolek jika barang alat solek disimpan di dalam bilik air, tetapi sebenarnya amat tak sesuai untuk meletakkan seperti gincu atau berus di bilik air.

Kondisi bilik air yang lembab akan menggalakkan pembiakkan bakteria pada alat solek walaupun disimpan di dalam bekas tertutup dan sekali gus menyebabkan alat solek mudah rosak.

tip
TABIAT tidak menutup penutup mangkuk tandas menyebabkan partikel air daripada proses mengepam akan terpercik keluar.
  1. Tutup mangkuk tandas

Ada sebab kenapa mangkuk tandas duduk dilengkapi dengan penutup. Tabiat tidak menutup penutup mangkuk tandas menyebabkan partikel air daripada proses mengepam akan terpercik keluar dari mangkuk dan terkena pada bahagian-bahagian lain dalam tandas seperti berus gigi, sabun dan sebagainya.

Jadi, kekalkan amalan menutup penutup mangkuk tandas anda selepas menggunakan.

Iklan
  1. Sidai tuala dengan betul

Tuala yang sering digunakan selepas mandi sering berada dalam keadaan yang lembab dalam masa yang lama. Bakteria pun mudah hidup dan membiak seterusnya menjadi penyebab kepada masalah penyakit kulit dan sebagainya.

Jadi, tuala perlu dicuci atau ganti setiap lepas tiga kali digunakan. Itu pun jika anda sidai selepas menggunakannya. Tapi, jika sekadar sangkut atau gantung tuala, kondisinya yang lembap akan menggalakkan pembiakan bakteria.

Iklan
  1. Pengudaraan

Untuk mengurangkan kelembapan di dalam bilik, pastikan tingkap didalam bilik air sentiasa terbuka.

FOTO: CANVA

PENULIS: NURUL ADRIANA